Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian VI · Pelesenan
49. Kawalan pembelian tembakau diawet
Feedback & support(1)
Tiada pembeli berlesen boleh membeli tembakau diawet melainkan daripada pengawet berlesen atau pembeli berlesen yang lain.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.