Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian VI · Pelesenan
48. Rayuan
Feedback & supportSeseorang yang terkilan—
dengan keengganan Lembaga untuk mengeluarkan sesuatu lesen, kelulusan atau perakuan kebenaran, mengikut mana-mana yang berkenaan;
dengan keengganan Lembaga untuk memperbaharui suatu lesen atau perakuan kebenaran; atau
dengan pembatalan atau penggantungan lesen atau perakuan kebenarannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas dimaklumkan secara bertulis mengenai keengganan, pembatalan atau penggantungan itu, merayu secara bertulis terhadap keputusan demikian kepada
Menteri.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 43
Menteri boleh, selepas mempertimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengesahkan, mengetepikan atau mengubah keputusan yang dirayukan, dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Sesuatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh berkuat kuasa sebagai suatu penggantungan keputusan yang dibuat oleh Lembaga.