Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian VI · Pelesenan

43. Tempoh dan pembaharuan lesen atau perakuan kebenaran

Feedback & support
(1)

Sesuatu lesen selain lesen mengilang, atau perakuan kebenaran hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, sah bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

(2)

Sesuatu permohonan untuk memperbaharui lesen atau perakuan kebenaran hendaklah dibuat oleh pemegang lesen atau pemegang perakuan itu sekurang-kurangnya dua bulan sebelum tarikh habis tempoh lesen atau perakuan itu.

(3)

Mana-mana permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen atau perakuan kebenaran yang tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (2) tetapi dibuat sebelum tarikh habis tempoh lesen atau perakuan kebenaran itu hendaklah tertakluk kepada suatu bayaran penalti sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

(4)

Tiada permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen atau perakuan kebenaran boleh dipertimbangkan jika permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh lesen atau perakuan itu.

(5)

Lembaga boleh memperbaharui sesuatu lesen atau perakuan kebenaran jika pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran itu telah mematuhi semua syarat, had atau sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen 41(3).

(6)

Jika sesuatu permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen atau perakuan kebenaran diluluskan, lesen atau perakuan kebenaran itu hendaklah dikeluarkan apabila dibayar fi yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 40

Report

Bahagian VII

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules