Skip to content

Seksyen 18

Tahun kewangan dan anggaran tahunan

of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980

ActIn forceProvision 20 of 40
Seksyen 18
(1)

Tahun kewangan bagi Lembaga hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

(2)

Pengerusi hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum setiap tahun kewangan, membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran hasil dan perbelanjaan, termasuklah perbelanjaan modal,

Lembaga bagi tahun kewangan yang berikutannya mengandungi apa-apa butir dan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya satu salinan anggaran itu dihantar kepada tiap-tiap anggota Lembaga tidak lewat daripada empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat di mana anggaran itu akan dibentangkan.