Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2024Read it in English

Bahagian III · Kewangan, Laporan dan Penyeliaan Menteri

19. Akaun dan audit

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan pengendaliannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.

(2)

Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangannya, menyebabkan supaya akaunnya diaudit oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang diluluskan oleh Ketua Audit Negara.

(3)

Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya satu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama dengan suatu salinan pemerhatian yang dibuat oleh juruaudit itu mengenai apa-apa penyata akaun atau mengenai akaun Lembaga.

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya satu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (3) dibentangkan dalam setiap Majlis Parlimen.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 21

Report

Bahagian IV

Pemindahan Hakmilik Lebuh Raya Kepada Lembaga

Bahagian V

Pengambilan Harta

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules