Skip to content

Seksyen 20

Laporan tahunan

of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980

ActIn forceProvision 22 of 40
Seksyen 20
(1)

Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan mengenai aktiviti Lembaga dalam masa tahun kewangan yang lalu dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap laporan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (1)

dibentangkan dalam setiap Majlis Parlimen.