Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English

Bahagian VII · Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

26. Section 26

Feedback & support
(1)

Anggota Lembaga Pengurusan Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5 Akta termansuh hendaklah, pada hari ditetapkan, menjadi anggota Lembaga dan adalah tertakluk kepada segala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan anggota sedemikian dan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini.

(2)

Tiap-tiap orang yang sebelum sahaja hari ditetapkan telah diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan hendaklah pada hari itu disifatkan diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat

Lembaga sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama yang terdapat sebelum hari ditetapkan itu.

(3)

Segala prosiding tatatertib yang, sebelum sahaja hari ditetapkan, belum selesai terhadap mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan pada atau selepas hari itu, boleh diteruskan

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 481

terhadap pegawai atau pekhidmat itu oleh pihak berkuasa Lembaga yang berkenaan.

Report