Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English

Bahagian VII · Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

32. Menghalang anomali

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa kesukaran timbul berkenaan dengan peruntukan peralihan yang disebutkan terdahulu dalam Akta ini

Menteri boleh, melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan tersebut sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghalang anomali:

Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari hari ditetapkan.

(2)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, penubuhan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Bahagian ini.

Report

Schedules