Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English

Bahagian VII · Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

31. Penerusan prosiding jenayah dan sivil

Feedback & support
(1)

Pemansuhan Akta termansuh tidak menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa dan dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta termansuh sebelum hari ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kuasa tindakan yang belum selesai atau sedang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan oleh atau terhadap Perbadanan bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap

Lembaga atau

Pesuruhjaya

Pelancongan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap

Perbadanan seolah-olah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 telah tidak diluluskan.

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberi dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap

Lembaga atau Pesuruhjaya Pelancongan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ia boleh dibawa oleh atau terhadap

Perbadanan seolah-olah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 telah tidak diluluskan.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 25

Report