Skip to content

Seksyen 29

of Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992

ActIn forceProvision 29 of 32

Seksyen 29

(1)

Segala perintah, peraturan-peraturan, arahan, pelantikan, pemberitahuan, pengecualian dan kelulusan yang dibuat atau diberi di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, Akta termansuh hendaklah, setakat yang perintah, peraturan-peraturan, arahan, pelantikan, pemberitahuan, pengecualian dan kelulusan itu selaras dengan peruntukan Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992, disifatkan telah dibuat atau diberi di bawah Akta ini atau Akta

Industri Pelancongan 1992 dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau Akta Industri

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 23

Pelancongan 1992 atau sehingga tarikh yang padanya ia habis tempoh.

(2)

Apa-apa permohonan untuk lesen atau perakuan pendaftaran, kelulusan atau keizinan, atau bagi apa-apa jua pun maksud, atau apa-apa rayuan, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau Perbadanan sebelum hari ditetapkan, dan belum selesai sebelum hari sedemikian, hendaklah, jika terdapat peruntukan yang bersamaan di bawah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 diuruskan seolah-olah telah dibuat di bawah peruntukan itu, dan jika tiada peruntukan bersamaan sedemikian wujud, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada hari ditetapkan.

(3)

Apa-apa lesen atau perakuan pendaftaran yang diberikan di bawah Akta termansuh hendaklah disifatkan sebagai lesen atau perakuan pendaftaran yang diberi di bawah Akta Industri

Pelancongan 1992 dan hendaklah sah selama tempoh enam bulan dari hari ditetapkan dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut yang terpakai bagi suatu lesen atau perakuan pendaftaran atau apa-apa syarat, had atau sekatan lain yang boleh dikenakan seolah-olah ia adalah suatu lesen atau perakuan pendaftaran yang diberi di bawah

Akta itu.

(4)

Segala transaksi atau urus niaga yang dibuat atau dilaksanakan dengan sah, dan segala perniagaan yang dilakukan dengan sah, di bawah atau mengikut Akta termansuh oleh mana-mana orang yang dilesenkan atau didaftarkan atau disifatkan dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, hendaklah disifatkan telah dibuat, dilaksanakan atau dilakukan dengan sah dan menurut undang-undang, di bawah dan mengikut Akta Industri

Pelancongan 1992, dan apa-apa hak atau liabiliti yang berbangkit daripada transaksi, urus niaga atau perniagaan sedemikian yang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan, hendaklah disifatkan terus sah dan menurut undang-undang di bawah Akta Industri

Pelancongan 1992.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 481