Akta Makmal Patologi 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian VI · Penggantungan dan Pembatalan Kelulusan
31. Notis tunjuk sebab
Feedback & supportKetua Pengarah boleh, sebelum menggantung atau membatalkan suatu kelulusan atau lesen, memberikan pemegang kelulusan atau pemegang lesen itu suatu notis tunjuk sebab secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian dan menghendaki pemegang kelulusan atau pemegang lesen itu untuk membuat representasi dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu diterima oleh pemegang kelulusan atau pemegang lesen tentang mengapa kelulusan atau lesen itu tidak patut digantung atau dibatalkan.