Skip to content

Seksyen 32

Kuasa Ketua Pengarah untuk menggantung atau membatalkan

of Akta Makmal Patologi 2007

ActIn forceProvision 32 of 87
Seksyen 32
(1)

Ketua Pengarah hendaklah, selepas tamat tempoh dua puluh satu hari dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang kelulusan atau pemegang lesen

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 674

di bawah seksyen 31, memutuskan sama ada untuk menggantung atau membatalkan kelulusan atau lesen itu atau untuk tidak mengambil tindakan yang selanjutnya.

(2)

Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk menggantung suatu kelulusan atau lesen, dia hendaklah mengeluarkan suatu perintah penggantungan kepada pemegang kelulusan atau pemegang lesen itu dengan syor bagi pembetulan dan tentang bagaimana untuk menguruskan sampel atau rekod perubatan pesakit termasuk keputusan makmal pesakit dengan atau tanpa apa-apa terma atau syarat.

(3)

Perintah penggantungan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah penggantungan itu disampaikan kepada pemegang kelulusan atau pemegang lesen.

(4)

Perintah penggantungan hendaklah ditarik balik jika pemegang kelulusan atau pemegang lesen mematuhi syor bagi pembetulan dan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah penggantungan itu sehingga Ketua Pengarah berpuas hati.

(5)

Jika pemegang kelulusan atau pemegang lesen gagal untuk mematuhi apa-apa syor bagi pembetulan dan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah penggantungan itu sehingga Ketua Pengarah berpuas hati, Ketua

Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perintah pembatalan kepada pemegang kelulusan atau pemegang lesen itu.

(6)

Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk membatalkan kelulusan atau lesen, dia hendaklah mengeluarkan kepada pemegang kelulusan atau pemegang lesen itu suatu perintah pembatalan dengan syor tentang bagaimana untuk menguruskan sampel atau rekod perubatan pesakit termasuk keputusan makmal pesakit.

(7)

Perintah pembatalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (5) dan (6) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah pembatalan itu disampaikan kepada pemegang kelulusan atau pemegang lesen.

Makmal Patologi 31