Skip to content

Seksyen 22

Permohonan bagi pendaftaran

of Akta Orang Kurang Upaya 2008

ActIn forceProvision 22 of 46
Seksyen 22
(1)

Permohonan bagi pendaftaran sebagai orang kurang upaya hendaklah dibuat kepada Majlis.

(2)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi pendaftaran orang kurang upaya dan bagi segala perkara yang bersampingan dengannya.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti semasa membuat suatu permohonan bagi pendaftaran;

(b)

menetapkan orang yang boleh didaftarkan sebagai orang kurang upaya dan orang yang terhenti daripada didaftarkan sebagai orang kurang upaya; dan

(c)

menetapkan cara pengeluaran dan pembatalan Kad OKU.