Skip to content

Seksyen 25

Pengeluaran Kad OKU

of Akta Orang Kurang Upaya 2008

ActIn forceProvision 25 of 46
Seksyen 25
(1)

Pendaftar hendaklah mengeluarkan Kad OKU kepada seseorang yang berdaftar sebagai orang kurang upaya.

(2)

Kad OKU yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, menjadi keterangan muktamad bagi segala maksud bahawa orang itu telah didaftarkan dengan sewajarnya sebagai orang kurang upaya di bawah Akta ini.

(3)

Kad OKU hendaklah diserahkan kepada Pendaftar apabila seseorang terhenti menjadi orang kurang upaya.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 685