Skip to content

Seksyen 24

Pendaftaran dan keengganan untuk mendaftar

of Akta Orang Kurang Upaya 2008

ActIn forceProvision 24 of 46
Seksyen 24
(1)

Selepas mempertimbangkan permohonan di bawah seksyen 22 dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberikan menurut seksyen 23, jika ada, Pendaftar hendaklah—

(a)

mendaftarkan seseorang sebagai orang kurang upaya jika dia berpuas hati bahawa orang yang menjadi subjek permohonan itu merupakan orang kurang upaya;

atau

(b)

enggan untuk mendaftarkan seseorang sebagai orang kurang upaya jika dia berpuas hati bahawa orang itu bukan orang kurang upaya.

(2)

Seseorang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah perenggan (1)(b) boleh merayu kepada Menteri dan keputusan

Menteri adalah muktamad.