Seksyen 23
Kuasa Pendaftar untuk meminta dokumen atau maklumat tambahan
of Akta Orang Kurang Upaya 2008
ActIn forceProvision 23 of 46
Seksyen 23
(1)
Pendaftar boleh, berhubung dengan mana-mana permohonan yang dibuat di bawah seksyen 22, meminta supaya diberikan oleh pemohon apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan oleh Pendaftar.
Orang Kurang Upaya 23
(2)
Jika seseorang yang membuat permohonan gagal untuk memberikan dokumen atau maklumat tambahan yang diminta dalam tempoh yang dinyatakan atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang dilanjutkan oleh Pendaftar, permohonan itu disifatkan telah ditarik balik tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dibuat.