Seksyen 27
Akses kepada kemudahan pengangkutan awam
of Akta Orang Kurang Upaya 2008
Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada dan menggunakan kemudahan, ameniti dan perkhidmatan pengangkutan awam yang dibuka atau disediakan kepada orang ramai atas asas kesetaraan dengan orang upaya.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Kerajaan dan penyedia mana-mana kemudahan, ameniti dan perkhidmatan pengangkutan awam hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti dan perkhidmatan pengangkutan awam itu menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada dan penggunaan oleh orang kurang upaya.
Orang Kurang Upaya 25