Seksyen 30
Akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi
of Akta Orang Kurang Upaya 2008
Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi atas asas kesetaraan dengan orang upaya.
(2)
Kerajaan dan penyedia maklumat, komunikasi dan teknologi hendaklah, bagi membolehkan orang kurang upaya mempunyai akses sedemikian, menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi dalam format dan teknologi boleh akses bersesuaian dengan pelbagai jenis ketidakupayaan mengikut cara yang tepat pada masanya dan tanpa kos tambahan.
(3)
Kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan memudahkan penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia, Braille, komunikasi augmentatif dan alternatif, dan semua cara, kaedah dan format komunikasi boleh akses pilihan orang kurang upaya dalam urusan rasmi.
Orang Kurang Upaya 27