Skip to content

Seksyen 32

Akses kepada rekreasi, santai dan sukan

of Akta Orang Kurang Upaya 2008

ActIn forceProvision 32 of 46
Seksyen 32
(1)

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menyertai aktiviti rekreasi, santai dan sukan atas asas kesetaraan dengan orang upaya tetapi tertakluk kepada kewujudan atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan orang kurang upaya.

(2)

Majlis hendaklah mengambil langkah yang sesuai—

(a)

untuk menggalakkan penyertaan, ke tahap setinggi mungkin, orang kurang upaya dalam aktiviti sukan utama pada semua peringkat;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 685

(b)

untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai peluang untuk menganjurkan, membangunkan dan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi khusus untuk orang kurang upaya dan, bagi tujuan ini, menggalakkan pengadaan, atas asas kesetaraan dengan orang upaya, tunjuk ajar, latihan dan sumber yang sesuai;

(c)

untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses ke tempat sukan, rekreasi dan pelancongan;

(d)

untuk memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya mempunyai akses setara dengan kanak-kanak upaya lain kepada penyertaan dalam aktiviti permainan, rekreasi dan santai serta sukan, termasuk aktiviti dalam sistem persekolahan; dan

(e)

untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses kepada perkhidmatan daripada mereka yang terlibat dalam penganjuran aktiviti rekreasi, santai, sukan dan pelancongan.