Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Bahagian VI · Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan menggantikan

16. Pindaan seksyen 220

Feedback & support

Seksyen 220 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut:

“(7) Setakat yang apa-apa amaun yang diperoleh di bawah perenggan 1(h) atau subseksyen (6) tidak diagihkan oleh sebab kesulitan untuk mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, amaun tersebut hendaklah—

(a)

dibayar kepada Dana Pembangunan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau

(b)

dipegang oleh Suruhanjaya untuk membiayai—

(i)

kos untuk memajukan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau

(ii)

kos pengawalseliaan pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.”.

40

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas