Seksyen 213
Permohonan bagi kelulusan
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012
Dalam Penggal ini dan Jadual 5, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“cadangan” ertinya suatu cadangan yang disebut di bawah subseksyen 212(2);
“pakar” termasuklah jurutera, penilai, akauntan dan mana-mana orang lain yang profesionnya memberi kewibawaan kepada suatu pernyataan yang dibuat olehnya;
“pegawai”, berhubung dengan suatu perbadanan, termasuklah—
(a)
pengarah, setiausaha, pegawai eksekutif atau pekerja perbadanan itu;
33
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(b)
penerima dan pengurus yang dilantik di bawah kuasa yang terkandung dalam apa-apa surat cara, bagi mana-mana bahagian pengusahaan atau harta perbadanan itu; dan
(c)
pelikuidasi perbadanan itu yang dilantik bagi penggulungan sukarela perbadanan itu, tetapi tidak termasuk seorang penerima yang bukannya seorang pengurus, penerima dan pengurus yang dilantik oleh mahkamah dan seorang pelikuidasi yang dilantik oleh mahkamah;
“syarikat persendirian” dan “syarikat awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta
Syarikat 1965;
(2)
Seseorang pemohon yang ingin memohon kelulusan bagi perkara yang diperuntukkan di bawah seksyen 212 hendaklah membuat permohonan kepada Suruhanjaya untuk kelulusan dan hendaklah mengemukakan dokumen dan maklumat kepada
Suruhanjaya mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh menghendaki seorang pemohon untuk memberikannya maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya berhubung dengan permohonan itu.