Skip to content

Seksyen 214

Pemberian kelulusan

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 51 of 87
Seksyen 214
(1)

Suruhanjaya boleh berhubung dengan suatu permohonan bagi kelulusan yang dibuat di bawah subseksyen 213(2)—

(a)

meluluskan permohonan itu; atau

(b)

meluluskan permohonan itu—

(i)

tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat;

(ii)

dengan apa-apa perubahan; atau

(iii)

dengan apa-apa perubahan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, sebagaimana yang disifatkan patut atau perlu oleh

Suruhanjaya.

34

Undang-Undang Malaysia

(2)

Suruhanjaya boleh mengubah, menambah atau menggugurkan apa-apa terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa.

(3)

Tiada seorang boleh melaksanakan, melakukan atau menjalankan apa-apa cadangan dalam permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 213(2) kecuali—

(a)

Suruhanjaya telah meluluskan permohonan itu di bawah seksyen ini; atau

(b)

pemohon telah mendapatkan kelulusan Suruhanjaya terlebih dahulu untuk melaksanakan, melakukan atau menjalankan apa-apa bahagian cadangan itu.

(4)

Seseorang tidak boleh dianggap telah mengambil apa-apa langkah untuk melaksanakan, melakukan atau menjalankan suatu cadangan dalam permohonan di bawah subseksyen 213(2), jika—

(a)

seseorang membuat suatu perjanjian yang berkenaan dengan suatu cadangan dalam permohonan; dan

(b)

terma-terma perjanjian tersebut adalah tidak mengikat sehingga penunaian apa-apa syarat seperti yang boleh dinyatakan dalam perjanjian tersebut, termasuklah kelulusan yang diberikan di bawah seksyen ini.

(5)

Seseorang yang melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.