Skip to content

Seksyen 215A

Wang permohonan hendaklah dibayar ke dalam akaun amanah jika prospektus tidak dikehendaki

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 54 of 87
Seksyen 215A
(1)

Apa-apa wang yang diterima daripada mana-mana orang berhubung dengan suatu permohonan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 214 dan yang baginya prospektus tidak dikehendaki, hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun amanah yang diwujudkan dan disimpan dalam suatu institusi berlesen oleh penerbit bagi orang tersebut sehingga kebenaran bagi penyenaraian atau sebut harga dalam senarai rasmi suatu bursa saham atau mana-mana bursa seumpamanya di luar Malaysia diberikan.

(2)

Jika kebenaran yang disebut dalam subseksyen (1)

ditolak, penerbit hendaklah dengan serta merta membayar balik tanpa bunga semua wang yang disebut dalam subseksyen

(1)

dan jika wang tersebut tidak dibayar balik dalam masa empat belas hari selepas penerbit menjadi bertanggungan untuk membayar balik, sebagai tambahan kepada tanggungan penerbit, pegawai penerbit hendaklah secara bersesama dan berasingan menjadi bertanggungan untuk membayar balik wang itu dengan bunga pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya mulai tamatnya tempoh itu.

39

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(3)

Wang yang dibayar ke dalam akaun amanah di bawah seksyen ini tidak boleh digunakan untuk pembayaran hutang penerbit, atau dibayar atau diambil untuk pelaksanaan di bawah suatu perintah atau proses mana-mana mahkamah.

(4)

Apa-apa syarat yang dikenakan oleh seorang penerbit yang menghendaki atau mengikat mana-mana orang untuk mengenepikan pematuhan seksyen ini atau berupa sebagai berbuat sedemikian adalah tidak sah.

(5)

Suruhanjaya boleh menentukan apa-apa kategori pemohon yang tidak tertakluk kepada seksyen ini.

(6)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 220