Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian III · Pengawalseliaan Penjelajahan dan Perlombongan

10. Pengemukaan skim pengendalian melombong

(1)

Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong adalah dikehendaki mengemukakan bagi kelulusan

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 525

Pengarah suatu skim pengendalian melombong bagi kerja pembangunan dan perlombongan di atas tanah yang menjadi subjek tenemen mineral itu sebelum bermulanya apa-apa kerja pembangunan atau perlombongan dalam kawasan tenemen mineral itu.

(2)

Skim pengendalian melombong hendaklah termasuk —

(a)

tarikh permulaan pengeluaran yang dijangkakan;

(b)

suatu jadual pengeluaran tahunan bijih mentah yang dianggarkan bagi tempoh tenemen mineral itu;

(c)

pelan pengerjaan lombong itu; dan

(d)

apa-apa maklumat yang ditetapkan atau dikehendaki secara bertulis oleh Pengarah.

(3)

Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh mengemukakan suatu pengubahsuaian kepada skim pengendalian melombong yang diluluskan bagi kelulusan Pengarah dan tidak boleh memulakan apa-apa kerja pembangunan atau perlombongan yang tidak mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan itu sehinggalah skim pengendalian melombong yang diubahsuaikan itu telah diluluskan oleh Pengarah.

(4)

Pengarah hendaklah —

(a)

meluluskan skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya jika pelaksanaan skim itu —

(i)

boleh menyediakan suatu tempat kerja yang semunasabahnya selamat; dan

(ii)

tidak membahayakan komuniti yang bersebelahan; dan

(b)

memberitahu pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu secara bertulis tentang keputusannya.

(5)

Jika Pengarah menolak skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya, dia hendaklah memberitahu pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu secara bertulis tentang keputusannya.

Pembangunan Mineral 17

(6)

Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh mengemukakan sekian bilangan skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya sebagaimana yang perlu bagi mendapatkan kelulusan Pengarah.

(7)

Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong yang terkilan dengan keputusan Pengarah di bawah seksyen ini boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan itu, merayu secara bertulis kepada

Ketua Pengarah yang keputusannya adalah muktamad.

Report

Bahagian IV

Kemalangan dan Siasatan

Bahagian V

Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Bab 1

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bab 2

Keterangan

Bab 3

Kesalahan dan Penalti

Bab 4

Am

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Peraturan-Peraturan

Bahagian VIII