Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian III · Pengawalseliaan Penjelajahan dan Perlombongan
16. Pelan hendaklah diberikan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pengurus mana-mana lombong hendaklah menyimpan di pejabat lombong itu pelan pengerjaan lombong yang tepat yang dibuat daripada pengukuran sebenar mengikut cara yang ditetapkan dan, pada lat tempoh tidak melebihi enam bulan, apa-apa pengerjaan tambahan atau perluasan yang dibuat sejak pengukuran dahulu dilakukan hendaklah diukur dan ditandakan di atas pelan itu, dan tiada apa-apa pengerjaan itu boleh ditimbus atau dibiarkan tidak diperbaiki sebelum ia telah diukur dan ditandakan sedemikian.
Jika sesuatu pelan lombong dikemaskinikan, pengurus hendaklah memberi kepada Penolong Pengarah salinan pelan itu yang diperakui yang menunjukkan di atasnya pengerjaan yang dijalankan sejak pelan terakhir dikemukakan.
Suatu salinan pelan itu yang diperakui hendaklah disimpan oleh
Penolong Pengarah di pejabatnya dan tiada salinan atau surihannya boleh diberikan, atau maklumat berhubungan dengannya diberikan, atau pelan itu dibuka untuk pemeriksaan melainkan jika kebenaran
Penolong Pengarah telah diperoleh.
Jika, apabila menerima mana-mana pelan itu Penolong
Pengarah tidak berpuas hati dengan ketepatan atau kesempurnaan pelan itu dia boleh, mengikut budi bicaranya, memerintahkan supaya suatu pengukuran dibuat di bawah arahannya tentang pengerjaan lombong itu oleh seorang juruukur yang dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atas perbelanjaan pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Pengurus hendaklah menyediakan pelan itu di lombong apabila diminta oleh mana-mana pegawai galian dan pengurus hendaklah, jika diminta sedemikian, menandakan di atas pelan itu kemajuan pengerjaan lombong itu pada masa pengemukaan, dan hendaklah membenarkan pegawai galian itu memeriksa dan mengambil suatu salinannya.
Bahagian IV
Kemalangan dan Siasatan
Bahagian V
Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti
Bab 1
Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Bab 2
Keterangan
Bab 3
Kesalahan dan Penalti
Bab 4
Am
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII