Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian III · Pengawalseliaan Penjelajahan dan Perlombongan
20. Peninggalan lombong
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sebelum mana-mana pengendalian melombong ditinggalkan atau diberhentikan, suatu notis bertulis hendaklah diberikan tiga bulan sebelum peninggalan atau pemberhentian yang dicadangkan itu oleh pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus kepada Penolong Pengarah dan kepada Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi.
Jika mana-mana lombong hendak ditinggalkan, pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus itu hendaklah menyebabkan dibuat suatu pelan yang tepat, sehingga
Pengarah berpuas hati, menunjukkan pengerjaan lombong itu sehingga waktu peninggalan dan salinan pelan itu hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dan Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji
Bumi dalam masa satu bulan selepas peninggalan itu.
Jika sesuatu atau sebahagian daripada sesuatu lombong hendak ditinggalkan, pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus itu hendaklah memagar atau menutup dengan selamatnya tiap-tiap lubang lombong atau kolong dan pemegang lesen atau pajakan dan pengurus itu hendaklah terus bertanggungjawab sendiri bagi pematuhan sewajarnya peruntukan ini sehingga Pengarah telah mengesahkan secara bertulis bahawa kerja itu telah dilaksanakan dengan sepatutnya, walaupun lombong itu atau sebahagian daripada lombong itu telah ditinggalkan.
Lombong dan kawasan pembendungan buangan yang ditinggalkan hendaklah dijadikan selamat mengikut cara yang ditetapkan.
Bahagian IV
Kemalangan dan Siasatan
Bahagian V
Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti
Bab 1
Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Bab 2
Keterangan
Bab 3
Kesalahan dan Penalti
Bab 4
Am
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII