Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian III · Pengawalseliaan Penjelajahan dan Perlombongan
15. Arahan oleh pengurus lombong
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pengurus mana-mana lombong boleh, dan jika dikehendaki sedemikian oleh Penolong Pengarah hendaklah, mengeluarkan arahan bertulis untuk dipatuhi oleh mana-mana orang yang diambil kerja dalam atau dekat dengan lombong itu sebagaimana yang perlu dalam hal keadaan tertentu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mereka.
Suatu salinan arahan bertulis itu hendaklah dihantar kepada
Penolong Pengarah dan jika Penolong Pengarah tidak dalam masa tiga puluh hari dari penerimaannya membantah mengenainya secara bertulis kepada pengurus arahan bertulis itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (8), mula berkuat kuasa.
Jika Penolong Pengarah tidak meluluskan apa-apa arahan bertulis yang dicadangkan dia hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas menerima arahan bertulis itu memaklumkan pengurus tentang apa-apa perubahan, penambahan atau penggantian pada arahan itu yang difikirkannya patut.
Jika pengurus itu membantah mana-mana perubahan, penambahan atau penggantian itu dia boleh merujukkan perkara itu kepada Pengarah yang keputusannya adalah muktamad.
Apa-apa arahan bertulis yang mula berkuat kuasa di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga Penolong
Pengarah memerintahkan pembatalannya.
Pembangunan Mineral 21
Suatu salinan arahan bertulis itu hendaklah ditampalkan di satu atau lebih tempat yang mudah dilihat di lombong itu.
Suatu salinan arahan bertulis yang berkuat kuasa yang diperakui betul oleh pengurus hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang.
Jika apa-apa arahan bertulis di bawah seksyen ini tidak selaras dengan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi setakat ketidakselarasan itu.
Bahagian IV
Kemalangan dan Siasatan
Bahagian V
Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti
Bab 1
Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Bab 2
Keterangan
Bab 3
Kesalahan dan Penalti
Bab 4
Am
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII