Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian III · Pengawalseliaan Penjelajahan dan Perlombongan

17. Buku rekod mengenai pengendalian

(1)

Pengurus sesuatu lombong hendaklah menyimpan buku rekod, mengikut bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang ditetapkan, berkenaan dengan pengendalian lombong itu.

(2)

Buku rekod itu hendaklah —

(a)

disimpan semata-mata bagi maksud memasukkan laporan dan rekod yang dikehendaki di bawah Akta ini;

(b)

tersedia pada bila-bila masa yang munasabah bagi pemeriksaan mana-mana pegawai galian; dan

(c)

disimpan kemas kini dan dalam aturan dan keadaan yang baik.

(3)

Apabila seseorang pegawai galian telah memeriksa sesuatu lombong atau apa-apa kerja berkaitan dengannya, dia hendaklah memasukkan ke dalam suatu buku rekod suatu ringkasan pemeriksaannya dan apa-apa kehendak yang diperlukan.

(4)

Walau apa pun yang terkandung dalam atau tertinggal daripada laporan pegawai galian itu, laporan itu tidak boleh digunakan bagi mengehadkan tanggungjawab pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus di bawah Akta ini.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengenakan obligasi ke atas pengurus untuk menyimpan buku rekod atau salinannya lebih dari dua belas bulan selepas buku rekod itu telah terhenti digunakan bagi membuat apa-apa catatan di dalamnya melainkan jika Penolong Pengarah telah secara bertulis menghendaki mana-mana buku rekod disimpan bagi suatu tempoh yang lebih panjang.

Pembangunan Mineral 23

Report

Bahagian IV

Kemalangan dan Siasatan

Bahagian V

Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti

Bab 1

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bab 2

Keterangan

Bab 3

Kesalahan dan Penalti

Bab 4

Am

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Peraturan-Peraturan

Bahagian VIII