Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian III · Pengawalseliaan Penjelajahan dan Perlombongan
18. Air efluen
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus yang menggunakan air berkaitan dengan perlombongan hendaklah mengambil apa-apa langkah bagi memastikan bahawa air yang digunakan sedemikian hendaklah, sebelum ia meninggalkan lombong atau kawasan pembendungan buangan itu yang di dalamnya ia telah digunakan, mematuhi apa-apa standard kualiti air yang ditetapkan dan jika apa-apa standard telah tidak ditetapkan air itu hendaklah semunasabahnya bebas daripada bahan pepejal dan daripada kimia dan bahan lain yang berbahaya kepada kehidupan manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan.
Penolong Pengarah hendaklah, apabila menerima suatu aduan yang dibuat secara bertulis memerihalkan kegagalan mana-mana orang untuk mematuhi peruntukan subseksyen (1), menyiasat mengenai aduan itu, dan boleh pada bila-bila masa memerintahkan orang yang diadukan itu untuk —
mengusahakan langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa standard kualiti air dipatuhi; atau
menggantungkan perlombongan sehingga apa-apa langkah diambil untuk mematuhi standard kualiti air.
Apa-apa langkah yang diambil untuk mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) tidak berkuat kuasa untuk melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang berbangkit di bawah subseksyen (1).
Bahagian IV
Kemalangan dan Siasatan
Bahagian V
Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti
Bab 1
Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Bab 2
Keterangan
Bab 3
Kesalahan dan Penalti
Bab 4
Am
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII