Seksyen 10
Mencatatkan nama dalam daftar dan mengeluarkan perakuan pendaftaran
of Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977
Lembaga hendaklah menyebab supaya dicatatkan dalam daftar nama tiap-tiap orang yang berhak didaftarkan di bawah
Akta ini dan yang pendaftarannya telah tidak ditolak oleh Lembaga.
(2)
Setelah namanya dicatatkan dalam daftar, Lembaga hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap orang itu suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan setelah dibayar bayaran yang ditetapkan.
(3)
Sesuatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subsekyen (2) boleh mengandungi apa-apa syarat dan sekatan yang
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
11
difikirkan patut dikenakan oleh Lembaga dan syarat dan sekatan itu boleh diubah oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(4)
Jika seseorang didaftarkan tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang dikenakan menurut subsekyen (3), syarat dan sekatan itu hendaklah dicatatkan dalam perakuan pendaftarannya dan perakuan yang tercatat sedemikian itu hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada syarat dan sekatan yang dinyatakan dalamnya.