Seksyen 8
Peruntukan kecualian mengenai orang yang telah diambil kerja sebagai pembantu perubatan
of Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977
Jika seseorang telah sedia diambil kerja bertentangan dengan seksyen 7 pada permulaan kuat kuasa Akta ini, orang itu boleh terus bekerja selama suatu tempoh tidak melebihi enam tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa itu dan selepas itu dia hendaklah terhenti daripada bekerja sedemikian melainkan jika—
(a)
dia telah terlebih dahulu didaftarkan di bawah Akta ini;
atau
(b)
dia adalah, melalui suatu perintah oleh Menteri yang disiarkan dalam Warta, dikecualikan daripada pendaftaran di bawah Akta ini.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan hak seseorang majikan untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja menurut terma-terma dan syarat-syarat pekerjaannya.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 180 10