Skip to content

Seksyen 11

Tamat tempoh perakuan pendaftaran dan pembaharuannya

of Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977

ActIn forceProvision 10 of 21
Seksyen 11
(1)

Tertakluk kepada subseksyen 18(1), sesuatu perakuan pendaftaran hendaklah tamat tempohnya pada 31 haribulan Disember tahun ia dikeluarkan tetapi Lembaga boleh membaharui perakuan itu tiap-tiap tahun mengikut borang yang ditetapkan setelah dibayar bayaran yang ditetapkan.

(2)

Sesuatu permohonan untuk membaharui perakuan itu hendaklah dibuat tidak lewat daripada 30 haribulan September tiap-tiap satu tahun dan Lembaga hendaklah memberikan keputusan mengenainya dan membaharui atau enggan membaharui perakuan itu dan hendaklah dalam salah satu hal menyampaikan keputusannya kepada orang yang berkenaan itu tidak lewat daripada 30 haribulan

November dalam tahun yang sama.

(3)

Pada menimbangkan sesuatu permohonan bagi membaharui perakuan itu, Lembaga boleh menjalankan kuasa yang sama berkenaan dengannya seperti yang boleh dijalankannya pada menimbangkan sesuatu permohonan pendaftaran di bawah Akta ini.