Seksyen 17
Pencen hilang upaya
Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan, sebagai tambahan kepada pembayaran yang dibuat di bawah seksyen 9 atau 24, di mana berkenaan, pencen hilang upaya di bawah peraturan-peraturan itu jika seseorang pegawai, selain seorang pegawai kontrak, adalah dikehendaki bersara akibat dari—
(a)
menanggung bencana semasa melaksanakan dan berbangkit daripada melaksanakan tugas rasminya atau disebabkan oleh kemalangan dalam perjalanan; atau
(b)
mendapat penyakit yang kerana jenis tugasnya itu menyebabkan dirinya terdedah.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), bencana atau penyakit ertinya bencana atau penyakit yang bukan disebabkan oleh, yang tidak
Pencen 23
menjadi semakin teruk oleh kerana atau yang tidak berpunca dari kecuaian atau salah lakunya.