Skip to content

Seksyen 16A

Terhentinya pencen bagi anak yang telah mencapai umur lapan belas tahun disifatkan sah

of Akta Pencen 1980

ActIn forceProvision 20 of 36
Seksyen 16A
(1)

Walau apa pun peruntukan seksyen 16, jika sebelum penyiaran Akta ini apa-apa bayaran mengenai pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepada seorang anak telah terhenti setelah anak itu mencapai umur lapan belas tahun, penghentian itu dan apa-apa pembahagian pencen terbitan atau faedah lain kepada mana-mana orang tanggungan lain berikutan dari penghentian itu hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan sempurna dan sahnya.

(2)

Jika subseksyen (1) adalah terpakai, tetapi anak itu layak di bawah Akta ini dibayar pencen terbitan atau faedah lain, anak itu hendaklah, tertakluk pada seksyen 16, dibayar bahagian pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepadanya mulai dari tersiarnya Akta ini.