Skip to content

Seksyen 21

Pencen, dsb., terhenti apabila disabitkan

of Akta Pencen 1980

ActIn forceProvision 25 of 36
Seksyen 21
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), jika mana-mana orang yang telah diberikan pencen atau faedah lain di bawah Akta ini dikenakan hukuman mati atau penjara selama sesuatu tempoh oleh suatu

Mahkamah, maka pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti dengan serta merta.

(2)

Pencen atau faedah lain di bawah subseksyen (1) itu hendaklah diberikan semula dengan kuat kuasa kebelakangan bagi seseorang yang selepas disabitkan mendapat pengampunan.

(3)

Jika sesuatu pencen atau faedah lain terhenti di bawah subseksyen (1), Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan elaun tanggungan yang banyaknya sama dengan semua atau mana-mana bahagian daripada wang yang pesara itu sepatutnya berhak mendapat sebagai pencen atau faedah lain yang difikirkannya patut kepada isteri atau anak pesara untuk nafkah dan faedah mereka dan, selepas tamat tempoh hukumannya, juga bagi faedah pesara itu sendiri.