Skip to content

Seksyen 14

Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pegawai mati dalam perkhidmatan

of Akta Pencen 1980

ActIn forceProvision 17 of 36
Seksyen 14
(1)

Tertakluk pada seksyen 16, jika seseorang pegawai berpencen mati dalam perkhidmatan, Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu per lima daripada gaji yang akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau hanya ganjaran terbitan sahaja.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1343).