Act of Parliament · Updated to 15 Dec 2024
Akta Pencen 1980
Feedback & supportPensions, gratuities and benefits for public service officersOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen 1980 dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1976.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi—
pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah memilih atau disifatkan telah memilih mana-mana Skim Baru;
pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah atau adalah dilantik di bawah mana-mana Skim Baru;
pegawai dalam perkhidmatan awam yang oleh kerana pilihan mereka adalah terikat dengan mana-mana
Skim Baru; atau 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
pegawai sementara dalam perkhidmatan awam yang dilantik sebelum 1 Januari 1976 dan yang tidak diberi pilihan untuk memilih Skim Baru yang mula berkuat kuasa dari tarikh itu.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anak” ertinya anak seorang pegawai yang mati—
iaitu anak yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuk—
anak yang lahir selepas kematian pegawai itu, anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf pegawai itu; dan
anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun;
“gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan yang akhir diterima atau dalam hal persaraan di bawah seksyen 12A gaji hakiki bulanan sebenarnya yang akhir diterima yang dibayar kepadanya oleh pertubuhan itu semasa dia tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru, dan termasuklah apa-apa elaun berpencen;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
Pencen 7
“pegawai” ertinya seseorang pegawai yang bekerja sepenuh masa dalam perkhidmatan awam;
“pegawai berpencen” ertinya seseorang pegawai yang telah diberi taraf sebagai seorang pegawai berpencen di bawah seksyen 7 atau yang disifatkan sebagai seorang pegawai berpencen di bawah subseksyen 6A(6C) atau seksyen 8;
“pegawai negeri” ertinya seseorang pegawai dalam perkhidmatan
Kerajaan sesuatu Negeri;
“pegawai persekutuan” ertinya seseorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan;
“pegawai persekutuan tempatan” ertinya seseorang pegawai yang direkrut untuk berkhidmat, atau ditukarkan ke perkhidmatan, di bawah
Kerajaan Persekutuan di Sabah atau Sarawak dan tidak ditukarkan secara tetap ke perkhidmatan di luar Sabah atau Sarawak;
“peraturan-peraturan” ertinya mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 5;
“perkhidmatan awam” ertinya—
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan;
Perkhidmatan Awam Am bagi Kerajaan Persekutuan;
Pasukan Polis;
Perkhidmatan Kereta api;
Perkhidmatan Pelajaran;
Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Kerajaan
Persekutuan dan bagi satu atau beberapa Negeri;
Perkhidmatan Awam bagi tiap-tiap satu Negeri;
Perkhidmatan Parlimen; atau 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
mana-mana perkhidmatan lain yang diputuskan oleh
Yang di-Pertuan Agong sebagai perkhidmatan awam bagi maksud Akta ini;
“perkhidmatan awam lain” ertinya perkhidmatan di bawah sesuatu Kerajaan yang dinyatakan dalam Jadual bagi pegawai yang ditukarkan ke perkhidmatan awam;
“perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan-peraturan itu;
“Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan” ertinya suatu Pihak
Berkuasa Berkanun atau suatu Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis; dan
“Skim Baru” ertinya gaji dan had serta syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pegawai dalam perkhidmatan awam berbangkit dari penyemakan gaji dan had serta syarat perkhidmatan bagi pegawai itu yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mulai dari 1 Januari 1976, atau dari apa-apa penyemakan lain kemudiannya yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa.
Tiada seorang pun pegawai boleh mempunyai hak mutlak untuk mendapat pampasan bagi perkhidmatan yang lepas atau untuk mendapat apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain di bawah Akta ini.
Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa seseorang pegawai telah bersalah atas kecuaian, salah aturan atau salah laku, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengurangkan atau menahan pencen, ganjaran atau faedah lain yang pegawai itu sepatutnya layak mendapat jika tidak kerana peruntukan seksyen ini.
Pencen 9
Pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah
Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Bagi maksud Akta ini, pencen, ganjaran atau faedah lain tidak termasuk apa-apa award wang tunai yang diberi sebagai ganti cuti rehat yang terkumpul kepada seseorang pegawai yang gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud Akta ini.
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh diberi kuat kuasa kebelakangan kepada suatu tarikh yang lebih awal daripada mula berkuat kuasanya Akta ini supaya dapat memberi faedah kepada mana-mana orang atau menghapuskan sesuatu kelemahan yang terkait pada mana-mana orang.
Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan itu; dengan syarat bahawa, bagi persaraan di bawah perenggan 10(5)(a)
atau di bawah seksyen 12A, amaun pencen yang diberikan tidak boleh kurang daripada satu perlima dari gaji akhir yang diterima oleh pegawai itu.
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai yang bersara sebelum disahkan dalam jawatannya yang kedua atau yang berikutnya, gaji yang akhir diterima ialah gaji yang akhir diterima bagi jawatannya yang terdahulu dalam mana dia telah disahkan jika
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
sekiranya dia terus memegang jawatannya yang terdahulu itu sehingga persaraannya.
Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pegawai yang bersara di bawah seksyen 11
hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pegawai itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya.
Seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas mula berkuat kuasanya seksyen ini hendaklah, sebelum disahkan dalam jawatannya, berhak untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja.
Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut sesuatu cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pegawai di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada masa dia disahkan dalam jawatannya dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad.
Apabila seseorang pegawai memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja, peruntukan Akta ini, kecuali seksyen ini, tidak terpakai bagi pegawai sedemikian.
Seseorang pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja hendaklah bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai umur enam puluh tahun.
Subseksyen (5) tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun.
Umur persaraan paksa bagi seseorang pegawai yang tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun yang disebut dalam
Pencen 11
subseksyen (5A) hendaklah kekal sama ada lima puluh lima tahun atau lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun sebagaimana umur yang telah dipilihnya sebelum 1 Januari 2012.
Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai bagi maksud subseksyen (5)
dan (5A) tidak boleh dibatalkan.
Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh menghendaki seseorang pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja supaya bersara daripada perkhidmatan awam dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam perenggan 10(5)(a), (b), (c), (d), (e) dan
atau seksyen 11.
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pegawai yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum 1 Januari 2009
dan telah disahkan dalam jawatannya sebelum tarikh itu hendaklah diberikan opsyen untuk memilih pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini.
Opsyen yang dibuat di bawah subseksyen (6A) menjadi muktamad pada 1 Februari 2009 dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi pegawai itu mulai tarikh itu.
Jika seseorang pegawai telah memilih pencen, ganjaran atau faedah lain menurut subseksyen (6A) dan mati sebelum opsyen itu menjadi muktamad menurut subseksyen (6B), pegawai itu disifatkan menjadi pegawai berpencen dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai baginya mulai tarikh kematiannya.
Dalam seksyen ini “Skim Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja” merujuk kepada suatu kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
[Akta 452], termasuklah sesuatu kumpulan wang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
s 7Pemberian taraf berpencen
Seseorang pegawai tetap boleh diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen jika dia telah—
disahkan dalam jawatannya yang sekarang; dan
genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
s 8Pegawai disifatkan menjadi pegawai berpencen
Tanpa menyentuh seksyen 7, pegawai yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pegawai berpencen:
seseorang pegawai yang telah dimasukkan atau layak untuk dimasukkan dalam perjawatan berpencen di bawah
Ordinan Pencen 1951 [Ord. 1 tahun 1951] sebelum dari 1
Julai 1977,
Ordinan
Pencen
Sabah 1963
[Ord. 3 tahun 1963] atau Ordinan Pencen Sarawak [Bab 89]
sebelum dari 1 Julai 1978, mengikut mana-mana yang berkenaan;
seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab perubatan atau di bawah seksyen 12A sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau
seseorang pekerja berpencen di bawah Akta Pencen Pihak
Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditukar tetap secara lantikan ke perkhidmatan awam.
Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen apabila—
Pencen 13
dipaksa bersara di bawah seksyen 10; atau
memilih bersara di bawah seksyen 12 setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau
bersara di bawah seksyen 11.
(Dipotong oleh Akta A625).
Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen jika persaraan itu adalah di bawah seksyen 12A.
Tertakluk pada subseksyen (2), (3) dan (4), seseorang pegawai hendaklah bersara dari perkhidmatan awam apabila dia mencapai umur enam puluh tahun.
Jika seseorang pegawai mencapai umur persaraan paksa lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu prosiding jenayah atau tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui mana-mana umur itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi dikira cuti tanpa gaji sehingga kesnya diputuskan.
Jika prosiding jenayah atau tatatertib di bawah subseksyen (2)
itu tidak berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja, dia hendaklah bersara apabila mencapai umur lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan umur persaraan paksanya, dan tempoh perkhidmatan selepas mana-mana umur ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak dikira sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
Setiausaha kepada Dewan Rakyat atau Setiausaha kepada Dewan Negara; dan
pegawai yang telah bersara selepas mula berkuat kuasanya Akta ini tetapi sebelum ia disiarkan.
(Dipotong oleh Akta A1124).
Yang di-Pertuan
Agong, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa
Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh menghendaki mana-mana pegawai supaya bersara daripada perkhidmatan awam—
jika Ketua Pengarah atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berpuas hati atas keterangan doktor bahawa pegawai itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal;
apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan;
bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki dan dengan itu menghasilkan lebih lagi kecekapan atau ekonomi;
atas alasan bahawa pekerjaan pegawai itu telah ditamatkan demi kepentingan awam;
atas alasan bahawa pegawai itu telah dengan sukarelanya
(selain perkahwinan)
memperoleh kewarganegaraan, atau menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain
Malaysia atau atas alasan bahawa pegawai itu telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya; atau
atas alasan bahawa pegawai itu telah, bagi maksud pelantikannya ke perkhidmatan awam—
Pencen 15
membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, sama ada bersumpah atau selainnya; atau
membekalkan apa-apa dokumen, yang adalah palsu, silap, tidak tepat, tidak lengkap, atau mengelirukan atau mungkin mengelirukan, dan pelantikannya ke perkhidmatan awam telah dibuat sebahagiannya atau keseluruhannya dengan bersandarkan atas pernyataan, maklumat atau dokumen itu:
Dengan syarat bahawa persaraan itu di bawah perenggan ini tidak boleh dilaksanakan melainkan pegawai itu telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi ke atasnya kepada
Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Perenggan (5)(f) hendaklah terpakai hanya bagi pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini.
Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012.
Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun.
Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (8)
tidak boleh dibatalkan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
s 11Persaraan dengan kehendak Kerajaan
Walau apa pun seksyen 10 dan 12, dengan persetujuan pegawai itu—
Yang di-Pertuan Agong boleh menghendaki seseorang pegawai Persekutuan supaya bersara pada mana-mana peringkat umur—
atas alasan kepentingan negara; atau
demi kepentingan perkhidmatan awam; dan
Pihak Berkuasa Negeri boleh menghendaki seseorang pegawai negeri supaya bersara pada mana-mana peringkat umur—
dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, atas alasan kepentingan negara; atau
demi kepentingan perkhidmatan awam.
s 12Persaraan pilihan
Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai selain pegawai negeri, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh, atas permohonan pegawai itu, memberi persetujuan tentang persaraan seseorang pegawai apabila atau selepas mencapai umur empat puluh tahun.
Jika seseorang pegawai yang dilantik sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pegawai sedemikian boleh diberikan pencen hanya apabila mencapai umur—
empat puluh lima tahun bagi—
seseorang pegawai perempuan;
seseorang pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat pegawai rendah dan ke bawah;
Pencen 17
seseorang pegawai polis yang berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis;
seseorang pegawai penjara yang berpangkat rendah daripada Penguasa; dan
seseorang jururawat lelaki di hospital mental; atau
lima puluh tahun bagi seseorang pegawai lelaki, selain pegawai yang disebut dalam subperenggan (a)(ii) hingga (v).
Jika seseorang pegawai yang dilantik selepas mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pegawai sedemikian boleh diberi pencen hanya apabila mencapai umur
*lima puluh lima tahun.
Seseorang pegawai yang bersara di bawah subseksyen (1)
boleh diberi ketika persaraannya ganjaran, award wang tunai yang diberi sebagai ganti cuti rehat yang terkumpul atau faedah lain.
*(Dipotong oleh Akta A1409).
Tertakluk pada seksyen 16, jika seseorang pegawai yang telah bersara di bawah subseksyen (1) mati sebelum mencapai umur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun atau lima puluh lima tahun mengikut mana-mana yang berkenaan, Yang di-Pertuan Agong boleh dengan serta-merta memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji yang akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau ganjaran terbitan sahaja.
(Dipotong oleh Akta A1343).
Tertakluk pada subseksyen (2), (3) dan (4) jika seseorang pegawai berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima
*CATATAN—Kecualian dan peralihan–lihat seksyen 12 Akta Pencen (Pindaan) 2011 [Akta A1409] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
tahun bagi pegawai perempuan atau berumur kurang daripada lima puluh tahun bagi pegawai lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan
Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan, walau bagaimanapun cara ianya ditubuhkan dan sama ada atau tidak
Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa kepentingan di dalamnya, sama ada secara langsung atau sebaliknya, atau dalam mana-mana pertubuhan antarabangsa yang mana Kerajaan menjadi anggota, dia boleh disifatkan telah bersara daripada perkhidmatan awam pada tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam dan pegawai tersebut, jika sekiranya dia mati sebelum mencapai umur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, bagi maksud seksyen 14, disifatkan telah mati dalam perkhidmatan jika pada masa kematiannya dia berada dalam perkhidmatan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa tersebut, atau, jika ketika itu dia tidak berada dalam perkhidmatan tersebut, dia telah berada dalam perkhidmatan tersebut untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam.
Jika seseorang pegawai berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima tahun bagi pegawai perempuan atau kurang daripada lima puluh tahun bagi pegawai lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur enam puluh tahun jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam, dan dalam hal sedemikian, apa-apa tempoh perkhidmatan sedemikian dengan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya di bawah terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim
Baru boleh dimasuk kira bagi maksud memberi pencen, ganjaran atau faedah lain itu kepada pegawai itu.
Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2)
yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan
Pencen 19
menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bagi seseorang pegawai berpencen yang subseksyen (2) tidak terpakai baginya, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur empat puluh lima tahun bagi pegawai perempuan atau lima puluh tahun bagi pegawai lelaki, jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa ke dalam mana dia telah dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan selama tempoh berterusan tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam atau sehingga dia berumur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut mana yang terdahulu.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2) dan (3), jika perkhidmatan pegawai itu ditamatkan oleh pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa ke dalam mana dia dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, atau jika kontrak tidak diperbaharui berkenaan dengan pelantikannya dalam pertubuhan antarabangsa itu, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain.
s 12BSumbangan bulanan kepada Kumpulan Wang Disatukan
Pertubuhan ke dalam mana seseorang pegawai berpencen dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan di bawah subseksyen 12A(2)
hendaklah membuat sumbangan bulanan kepada Kumpulan Wang
Disatukan pada kadar tujuh belas setengah peratus dari gaji bulanan pegawai tersebut bagi setiap pegawai berpencen semasa dia tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru.
s 13Persaraan demi kepentingan awam
Yang di-Pertuan Agong boleh, jika difikirkannya patut, memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai yang bersara di bawah perenggan 10(5)(d) atau (f), tetapi
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
amaunnya tidak lebih daripada amaun yang pegawai itu sepatutnya layak mendapat jika sekiranya pencen, ganjaran atau faedah lainnya itu dihitung berdasarkan lama yang sebenar perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira.
Tertakluk pada seksyen 16, jika seseorang pegawai berpencen mati dalam perkhidmatan, Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu per lima daripada gaji yang akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau hanya ganjaran terbitan sahaja.
(Dipotong oleh Akta A1343).
Tertakluk pada seksyen 16—
(Dipotong oleh Akta A1343).
jika seseorang pegawai berpencen mati dalam atau selepas tempoh *dua puluh tahun dari tarikh persaraannya dari perkhidmatan awam, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan yang sama banyaknya dengan amaun pencen yang dibayar kepadanya:
Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian pencen terbitan selepas tamatnya tempoh *dua puluh tahun dari tarikh persaraannya hendaklah dibuat hanya jika penerimanya—
berkenaan dengan seseorang balu atau duda, telah
*CATATAN—Kecualian dan peralihan–lihat seksyen 12 Akta Pencen (Pindaan) 2011 [Akta A1409] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.
Pencen 21
berkahwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
berkenaan dengan seseorang anak atau anak tiri tanggungan, adalah seorang anak atau anak tiri tanggungan hasil perkahwinan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
berkenaan dengan seseorang anak angkat, adalah seorang anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; atau
berkenaan dengan seseorang anak tidak sah taraf, adalah seorang anak yang dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan.
Jika seseorang pegawai mati selepas persaraannya tetapi sepanjang tempoh persaraan sebelum kematiannya pencennya telah tidak diberikan atau telah terhenti di bawah seksyen 21, maka subseksyen (1)
hendaklah terpakai dan bagi maksud ini pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai telah menerima pencen itu.
s 16Terhentinya pencen terbitan
Pencen terbitan atau elaun bersara terbitan yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah terhenti jika penerimanya—
(Dipotong oleh Akta A1171);
seorang anak, selain anak yang cacat otak atau hilang upaya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri atau seorang anak yang disebut dalam perenggan (c), apabila berkahwin atau apabila mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang lebih dahulu; atau
seorang anak yang sedang mendapat pendidikan di suatu
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 227
institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melebihi pelajaran yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau berhenti mendapat pendidikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana yang lebih dahulu.
Walau apa pun peruntukan seksyen 16, jika sebelum penyiaran Akta ini apa-apa bayaran mengenai pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepada seorang anak telah terhenti setelah anak itu mencapai umur lapan belas tahun, penghentian itu dan apa-apa pembahagian pencen terbitan atau faedah lain kepada mana-mana orang tanggungan lain berikutan dari penghentian itu hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan sempurna dan sahnya.
Jika subseksyen (1) adalah terpakai, tetapi anak itu layak di bawah Akta ini dibayar pencen terbitan atau faedah lain, anak itu hendaklah, tertakluk pada seksyen 16, dibayar bahagian pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepadanya mulai dari tersiarnya Akta ini.