Skip to content

Seksyen 26

Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir

of Akta Pencen 1980

ActIn forceProvision 33 of 36
Seksyen 26
(1)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang yang kepadanya apa-apa pembayaran boleh dibuat di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya mati sebelum pembayaran dibuat, amaun yang masih belum dibayar itu boleh dibayar kepada orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir.

(2)

Jika seseorang pegawai mati dalam perkhidmatan, apa-apa pembayaran tunai yang boleh dibayar sebagai ganti cuti terkumpul yang diberikan di bawah peraturan-peraturan bolehlah dibayar kepada orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir.

Pencen 29

(3)

Jika apa-apa pembayaran dibuat dengan suci hati di bawah seksyen ini dan menurut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, pembayaran tersebut hendaklah menjadi pelepasan sepenuh dan sepatutnya akan segala liabiliti, dan tiada tindakan, guaman atau prosiding bagi pembayaran tersebut atau yang mempersoalkan tentang pembayaran tersebut boleh dibawa atau diadakan terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“orang tanggungan” ertinya—

(i)

balu kepada si mati;

(ii)

duda kepada si mati;

(iii)

anak kepada si mati;

(iv)

ibu kepada pegawai yang mati, atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya;

(b)

“belum dibayar” ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang yang berkenaan.