Skip to content

Seksyen 22

Pencen maksimum

of Akta Pencen 1980

ActIn forceProvision 27 of 36
Seksyen 22
(1)

Pencen perkhidmatan yang diberikan kepada seseorang pegawai di bawah Akta ini tidak boleh melebihi tiga per lima daripada gaji yang akhir diterimanya.

(2)

Jika seseorang pegawai telah diberikan pencen atau sedang diberikan pencen berkenaan dengan perkhidmatan awam lain, maka dia boleh diberikan pencen penuh yang dia berhak mendapat berkenaan dengan perkhidmatan awamnya, tetapi tiada seorang pun pegawai sedemikian itu boleh mengeluarkan daripada Kumpulan

Wang Disatukan Persekutuan amaun pencen yang, apabila ditambah kepada amaun pencen yang diterima berkenaan dengan perkhidmatan awam lain, melebihi enam per sepuluh daripada gaji yang akhir diterimanya.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), pencen seseorang pegawai berkenaan dengan perkhidmatan awam lainnya ertinya amaun pencen yang dia mungkin dapat jika sekiranya dia memilih tidak hendak dibayarkan pencen gantian tetap dan pencen susutan.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, apa-apa faedah yang diberikan di bawah seksyen 17 atau 18 tidak boleh diambil kira.