Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2022Read it in English

Bahagian I · Permulaan

4. Penentuan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan

Feedback & support
(1)

Menteri, dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan hendaklah dari semasa ke semasa menentukan apa-apa aktiviti atau keluaran sebagaimana yang difikirkannya patut sebagai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan.

(2)

Suatu senarai aktiviti digalakkan dan keluaran digalakkan yang ditentukan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan melalui perintah statutori dalam Warta.

(3)

Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), Menteri boleh mengambil pertimbangan perkara yang berikut:

(a)

sama ada atau tidak dijalankan apa-apa aktiviti atau dikeluarkan apa-apa keluaran di Malaysia secara komersial yang sesuai dengan kehendak atau pembangunan ekonomi

Malaysia atau tidak dijalankan ataupun dikeluarkan langsung; atau

(b)

sama ada—

(i)

prospek yang baik untuk memajukan lagi aktiviti atau keluaran itu; atau

(ii)

kekurangan kemudahan di

Malaysia untuk membolehkan aktiviti itu dijalankan atau suatu keluaran dikeluarkan secara komersial sesuai dengan kehendak ekonomi.

(c)

(Dipotong oleh Akta A862).

Penggalakan Pelaburan 21

(4)

Menteri boleh berunding dengan mana-mana orang atau pertubuhan sebagaimana yang difikirkannya patut pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1).

(5)

Menteri boleh dari semasa ke semasa mengkaji semula senarai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang ditentukan di bawah subseksyen (1) dan boleh membuat tambahan, perubahan atau pindaan kepada atau potongan daripada senarai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan itu.

Report

Bahagian II

Pelepasan Daripada Cukai Pendapatan

Bab 2

Elaun Cukai Pelaburan

Bab 3

Pengurangan Pendapatan Larasan

Bab 4

Pengurangan Pendapatan Statutori untuk Eksport

Bab 5

Elaun Eksport

Bab 6

Potongan bagi Penggalakan Eksport

Bab 7

Elaun Infrastruktur

Bahagian III

Tambahan

Schedules