Seksyen 4F
Penentuan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan bagi pelaburan semula
of Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Menteri, dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan, boleh dari semasa ke semasa menentukan apa-apa aktiviti atau keluaran sebagaimana yang difikirkannya patut sebagai suatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan bagi pelaburan semula.
(2)
Suatu senarai aktiviti atau keluaran di bawah subseksyen (1) dan tarikh permulaan kuat kuasa aktiviti atau keluaran itu sebagai aktiviti
Penggalakan Pelaburan 23
digalakkan atau keluaran digalakkan hendaklah ditetapkan dalam perintah statutori yang disiarkan dalam Warta.
(3)
Menteri, dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan, boleh dari semasa ke semasa mengkaji semula senarai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan di bawah subseksyen (1) dan boleh membuat tambahan, perubahan atau pindaan kepada atau pemotongan daripada senarai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan itu.