Skip to content

Seksyen 4E

of Akta Penggalakan Pelaburan 1986

ActIn forceProvision 9 of 34

Seksyen 4E

(1)

Menteri, dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan, boleh dari semasa ke semasa menentukan apa-apa aktiviti atau keluaran sebagaimana yang difikirkannya patut sebagai suatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan bagi industri modul komponen automatif.

(2)

Suatu senarai aktiviti atau keluaran di bawah subseksyen (1) dan tarikh permulaan kuat kuasa aktiviti atau keluaran itu sebagai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan hendaklah ditetapkan dalam perintah statutori yang disiarkan dalam Warta.

(3)

Menteri, dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan, boleh dari semasa ke semasa mengkaji semula senarai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan di bawah subseksyen (1) dan boleh membuat tambahan, perubahan atau pindaan kepada atau pemotongan daripada senarai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan itu.