Seksyen 15
of Akta Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1983
Seksyen 15
Mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang pada am atau khasnya diberi kuasa secara bertulis oleh Perbadanan bagi maksud itu hendaklah, semasa mengemukakan, jika dikehendaki sedemikian, suatu dokumen menunjukkan kuasanya, mempunyai hak untuk memasuki mana-mana tanah, premis atau bangunan pada setiap waktu yang munasabah bagi maksud menentukan sama ada terdapat atau telah berlaku apa-apa pelanggaran terhadap terma dan syarat kontrak yang dibuat di antara pengguna dan Perbadanan menurut subseksyen 17(1).
(2)
Mana-mana orang yang enggan membenarkan atau menghalang mana-mana pegawai atau pekhidmat yang diberi kuasa oleh Perbadanan daripada memasuki tanah, premis atau bangunan, atau menghalang atau mengganggu pegawai atau pekhidmat itu daripada bertindak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tiga bulan dan didenda lima ratus ringgit.