Seksyen 6
of Akta Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1983
Seksyen 6
Tiap-tiap orang yang dilantik menjadi anggota Perbadanan hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas pelantikannya, menjual atau melupuskan semua syer dalam mana-mana pengusahaan elektrik yang, pada masa pelantikannya, dimilikinya atau dia berkepentingan, secara langsung atau secara tidak langsung, bagi faedahnya sendiri dan faedah keluarga terdekatnya, dan adalah menyalahi undang-undang bagi mana-mana anggota Perbadanan, selagi dia masih memegang jawatan sedemikian, membeli atau menjadi berkepentingan dalam apa-apa syer, secara langsung atau secara tidak langsung, bagi faedahnya sendiri atau faedah keluarga terdekatnya, dalam mana-mana pengusahaan elektrik, dan, jika mana-mana anggota Perbadanan berhak sedemikian, bagi faedahnya sendiri, di bawah sesuatu wasiat atau pewarisan, kepada apa-apa syer dalam mana-mana pengusahaan elektrik, dia hendaklah menjual atau melupuskannya dalam tempoh tiga bulan selepas dia berhak ke atasnya:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh melepaskan kehendak subseksyen ini dalam sesuatu hal tertentu.
(2)
Mana-mana anggota Perbadanan yang menyimpan, membeli, mengambil atau menjadi berkepentingan atau terus menjadi berkepentingan secara langsung atau secara tidak langsung dalam apa-apa syer dalam mana-mana pengusahaan elektrik berlanggaran dengan peruntukan seksyen ini adalah hilang kelayakan menjadi anggota, dan disifatkan telah mengosongkan jawatannya sebagai anggota itu, dan
Pengerusi hendaklah menyebabkan suatu catatan yang bermaksud
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
sedemikian dibuat dalam minit Perbadanan dengan seberapa segera yang praktik setelah fakta mengenai apa-apa pelanggaran itu sampai kepada pengetahuannya.
(3)
Hakikat bahawa seseorang yang hilang kelayakan di bawah seksyen ini telahpun menganggotai, atau mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding, Perbadanan sebelum apa-apa cacatan sebagaimana yang disebut terdahulu dibuat dalam minit itu tidak boleh menidaksahkan apa-apa ketetapan atau prosiding Perbadanan.
(4)
Dalam seksyen ini―
“syer dalam mana-mana pengusahaan elektrik” ertinya apa-apa stok, syer, debentur, stok debentur, bon atau sekuriti lain mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan di Sarawak dalam menjanakan, mengagihkan atau membekalkan tenaga, atau mengilang dalam Negeri itu kelengkapan elektrik, dan termasuk apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana pengusahaan tidak diperbadankan yang menjalan-kan perniagaan yang sama.