Seksyen 9
Kuorum dan tatacara
of Akta Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1983
ActIn forceProvision 9 of 54
Seksyen 9
(1)
Kuorum pada semua mesyuarat Perbadanan adalah tiga orang anggota selain Pengerusi atauTimbalan Pengerusi.
(2)
Pengerusi, atau, dalam masa ketidakhadirannya, Timbalan
Pengerusi, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Perbadanan.
(3)
Jika bilangan undi mengenai apa-apa persoalan adalah sama banyak Pengerusi atau Timbalan Pengerusi, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah mempunyai undi pemutus selain undi biasanya.