Seksyen 12
Pelantikan pegawai dan pekhidmat
of Akta Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1983
ActIn forceProvision 12 of 54
Seksyen 12
(1)
Perbadanan boleh―
(a)
dengan persetujuan Menteri, dari semasa ke semasa, melantik dan mengambil kerja seorang Pengurus Besar dan beberapa orang Timbalan Pengurus Besar; dan
(b)
dari semasa ke semasa, melantik dan mengambil kerja, seorang Setiausaha dan beberapa orang pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang perlu;
bagi maksud Akta ini.
(2)
Semua pegawai dan pekhidmat Perbadanan hendaklah berada di bawah kawalan pentadbiran Pengerusi.