Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XI · Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XI · Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud mengumpul maklumat statistik atau maklumat lain mengenai pengantaraan kewangan atau rangkuman kewangan di Malaysia atau bagi maksud lain berhubung dengan objektif pengawalseliaan Akta ini, Bank boleh menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat kepada Bank.
Tertakluk pada seksyen 157, Bank tidak boleh mendedahkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) melainkan jika pendedahan itu adalah dalam bentuk ringkasan atau gabungan dan tidak dalam apa-apa cara yang membawa kepada pengenalpastian mana-mana orang yang dokumen atau maklumat itu berhubungan.
Bahagian XII
Bahagian XIII
Bahagian XIV
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII