Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

157. Kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 155 dan 156 tidak terpakai

Kehendak kerahsiaan dalam subseksyen 155(7) dan 156(2) tidak terpakai—

(a)

bagi maksud penjalanan mana-mana kuasanya atau pelaksanaan mana-mana fungsinya oleh Bank di bawah

Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009 termasuk bagi maksud—

(i)

biro kredit yang ditubuhkan di bawah seksyen 47

Akta Bank Negara Malaysia 2009; atau

(ii)

pengemukaan apa-apa cadangan kepada

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan;

168 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(b)

berkenaan dengan maklumat yang diberikan oleh Bank di bawah seksyen 95 Akta Perbadanan Insurans Deposit

Malaysia 2011;

(c)

jika pendedahan itu adalah dalam bentuk ringkasan atau gabungan dan tidak dalam mana-mana cara yang membawa kepada pengenalpastian mana-mana orang yang dokumen atau maklumat itu berhubungan termasuk penyiaran penyata atau laporan yang digabungkan berkenaan dengan setiap golongan, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang disifatkan wajar oleh Bank dengan mengagregatkan angka dalam semua atau mana-mana dokumen atau maklumat yang dikemukakan kepada Bank di bawah seksyen 155 atau 156; dan

(d)

bagi maksud pendakwaan mana-mana orang bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Report

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules