Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian I · Permulaan
2. Tafsiran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ajuster” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
“akaun pelaburan” ertinya suatu akaun yang mana wang dibayar dan diterima bagi tujuan pelaburan, termasuk bagi penyediaan pembiayaan, mengikut Shariah atas terma bahawa tiada obligasi nyata atau tersirat untuk membayar balik wang itu sepenuhnya dan—
sama ada hanya keuntungan, atau kedua-dua keuntungan atau kerugian, yang hendaklah dikongsi antara orang yang membayar wang itu dan orang yang menerima wang itu;
atau
dengan atau tanpa apa-apa pulangan;
“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Perbankan Islam 1983
[Akta 276] dan Akta Takaful 1984 [Akta 312];
“aktuari yang dilantik” ertinya aktuari yang dilantik oleh pengendali takaful berlesen di bawah subseksyen 83(1) atau oleh Bank di bawah seksyen 84;
“anak” termasuklah anak tiri dan anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau mana-mana tempat di luar Malaysia, atau di bawah suatu adat yang diiktiraf oleh suatu golongan, kategori atau perihalan orang di dalam atau di luar Malaysia;
“anggota” berhubungan dengan suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan yang ialah—
suatu perbadanan, ertinya pemegang syer;
suatu koperasi, ertinya anggota dalam koperasi itu;
suatu perkongsian, ertinya pekongsi;
Perkhidmatan Kewangan Islam 25
mana-mana pertubuhan perbadanan lain mempunyai keanggotaan, ertinya suatu anggota pertubuhan itu; dan
suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah
*Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], ertinya suatu anggota pertubuhan itu;
“anuiti” ertinya hak kepada suatu siri pembayaran berkala dari kumpulan wang takaful pada lat tempoh satu tahun atau kurang di bawah suatu kontrak yang dibuat oleh seorang peserta takaful dengan pengendali takaful keluarga;
“anuiti pasti” ertinya suatu anuiti yang jangka masa pembayaran berkala adalah ditentukan terlebih dahulu dan tidak bergantung kepada mati atau hidupnya peserta takaful itu;
“arahan pembayaran” atau “arahan penyelesaian” berhubungan dengan suatu sistem pembayaran, termasuklah suatu arahan untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan transaksi mengenai dana atau sekuriti, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“badan berkanun” ertinya mana-mana pihak berkuasa atau badan, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk oleh mana-mana undang-undang bertulis, tetapi tidak termasuk mana-mana pihak berkuasa tempatan;
“Bank” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009
[Akta 701];
“bank Islam antarabangsa berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam antarabangsa;
“bank Islam berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam dan termasuklah suatu bank Islam antarabangsa berlesen;
*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak dan dinamakan sebagai Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] yang mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2021.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
“berkaitan” berhubungan dengan suatu perbadanan, ertinya berkaitan mengikut pengertian seksyen 6 *Akta Syarikat 1965
[Akta 125];
“broker takaful” ertinya seorang yang, sebagai kontraktor bebas, menjalankan perniagaan pembrokeran takaful dan termasuklah broker takaful semula;
“broker takaful yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan perniagaan pembrokeran takaful;
“buku” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965;
“deposit Islam” ertinya sejumlah wang yang disetuju terima atau dibayar mengikut Shariah—
atas terma yang di bawahnya ia akan dibayar balik sepenuhnya, dengan atau tanpa perolehan, pulangan atau apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang lain, sama ada dituntut atau pada masa atau dalam hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menyetuju terimanya; atau
di bawah suatu perkiraan, atas terma yang hasil di bawah perkiraan itu akan dibayar kepada orang yang membayar jumlah wang itu tidak kurang daripada jumlah wang sedemikian, tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide—
sebagai pendahuluan atau pembayaran sebahagian di bawah suatu kontrak jualan, sewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan lain, dan hanya boleh dibayar balik sekiranya harta atau
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan Islam 27
perkhidmatan itu tidak sebenarnya dijual, disewa atau disediakan selainnya;
sebagai jaminan bagi pelaksanaan suatu kontrak atau sebagai jaminan berkenaan dengan apa-apa kerugian yang boleh disebabkan oleh ketidaklaksanaan suatu kontrak;
tanpa mengehadkan perenggan (ii), sebagai jaminan bagi penghantarserahan atau pemulangan apa-apa harta, sama ada dalam keadaan baik tertentu atau selainnya; dan
dalam apa-apa hal keadaan lain, atau kepada atau oleh mana-mana orang lain, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2;
“ditentukan” ertinya untuk menentukan secara bertulis melalui standard atau apa-apa bentuk lain, dan suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan;
“ditetapkan” ertinya untuk ditetapkan melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan;
“dokumen” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan termasuklah buku;
“dokumen konstituen” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara
Malaysia 2009;
“ejen takaful” ertinya seorang yang melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
mensolisit atau mendapatkan cadangan bagi sijil takaful bagi pihak pengendali takaful;
menawarkan atau mengambil alih untuk bertindak bagi pihak pengendali takaful dalam merundingkan suatu sijil takaful; atau
melakukan apa-apa tindakan lain bagi pihak pengendali takaful berhubungan dengan pengeluaran, pembaharuan atau penerusan suatu sijil takaful;
“Gabenor” dan “Timbalan Gabenor” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang diberikan kepada mereka dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009;
“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuklah—
apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubungan dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;
apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta tak alih yang orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau yang memiliki atau yang padanya orang itu berhak kepada suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan kepentingan atau bagi apa-apa kepentingan yang kurang;
apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa stok, syer dan dana;
apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa nota bank, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, cek dan perakuan deposit boleh niaga; atau
Perkhidmatan Kewangan Islam 29
apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi, resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain bagi menjamin pembayaran atau penjelasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada sekarang atau masa hadapan atau sama ada terletak hak atau kontingen;
“iklan” ertinya penyebaran atau penyampaian maklumat, pelawaan atau pensolisitan dengan apa-apa cara atau dalam apa-apa bentuk termasuk komunikasi lisan atau bertulis dengan cara cetakan, elektronik atau apa-apa media lain;
“individu” ertinya orang sebenar;
“institusi asing” ertinya suatu syarikat asing, yang bukan orang yang diberi kuasa, yang menjalankan apa-apa perniagaan di luar Malaysia yang bersamaan, atau yang serupa, dengan perniagaan mana-mana orang yang diberi kuasa, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pejabat wakil yang diluluskan;
“institusi perantaraan” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank, dan dinamakan sebagai suatu institusi perantaraan di bawah subseksyen 188(1);
“instrumen pembayaran Islam” ertinya apa-apa instrumen, sama ada yang ketara atau tidak ketara, yang tidak melibatkan apa-apa elemen yang bertentangan dengan Shariah, yang membolehkan seorang memperoleh wang, barangan atau perkhidmatan atau untuk membuat apa-apa pembayaran;
“instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan” ertinya suatu instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan sebagai suatu instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan di bawah seksyen 41;
“jawatankuasa Shariah” ertinya jawatankuasa Shariah suatu institusi yang ditubuhkan menurut seksyen 30;
“kemudahan pembiayaan” ertinya—
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
pemberian apa-apa pendahuluan atau kemudahan lain tidak kira dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua namanya disebut;
pemberian suatu jaminan; atau
apa-apa urus niaga atau transaksi yang lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 4, yang dibuat mengikut Shariah yang hendaklah termasuk, dan boleh dalam bentuk, apa-apa perkiraan jualan atau pembelian, perkiraan usaha sama, jualan pembayaran tertangguh, perkiraan kongsi pulangan atau perkiraan kewangan yang lain;
“kepentingan dalam syer” hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3;
“ketua pegawai eksekutif” berhubungan dengan—
suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, ertinya individu, walau bagaimanapun digelar, yang, sama ada secara individu atau secara bersesama dengan satu atau lebih orang lain, bertanggungjawab di bawah kuasa pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran pertubuhan itu; atau
seorang yang diberi kuasa yang ditubuhkan sebagai suatu cawangan di Malaysia, ertinya seorang pegawai yang terutamanya bertanggungjawab bagi perniagaan cawangan itu di Malaysia;
“komputer” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950;
“koperasi” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1993 [Akta 502];
“kumpulan kewangan” ertinya syarikat pemegangan kewangan dan suatu kumpulan perbadanan berkaitan di bawah syarikat pemegangan kewangan itu yang terlibat terutamanya dalam perkhidmatan kewangan atau dalam perkhidmatan lain yang berkaitan dengan atau
Perkhidmatan Kewangan Islam 31
bagi maksud perkhidmatan kewangan itu yang termasuklah sekurang-kurangnya satu orang berlesen;
“kumpulan perbadanan” ertinya suatu kumpulan perbadanan yang berkaitan antara satu dengan lain;
“kumpulan wang takaful” ertinya suatu kumpulan wang takaful yang ditubuhkan dan disenggarakan di bawah seksyen 90 dan berkenaan dengan perniagaan takaful yang disebut dalam seksyen 8 dan 26, ertinya apa-apa kumpulan wang yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi tujuan perniagaan takaful itu;
“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 10;
“liabiliti” termasuklah hutang atau tiap-tiap jenis tanggungan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontinjen;
“Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah mengenai kewangan Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 51
Akta Bank Negara Malaysia 2009;
“manfaat takaful” termasuklah apa-apa manfaat, sama ada berupa wang atau tidak, yang boleh di bayar di bawah suatu sijil takaful;
“mata wang asing” ertinya apa-apa mata wang selain ringgit;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang” termasuklah individu, mana-mana perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan;
“orang berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan suatu perniagaan berlesen;
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
“orang yang diberi kuasa” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 atau yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan suatu perniagaan yang dibenarkan;
“orang yang dilindungi” ertinya peserta takaful atau orang lain yang berkenaan dengannya peserta takaful itu membuat kontrak takaful dan berkenaan dengannya manfaat takaful boleh dibayar kepada peserta takaful itu atau benefisiarinya apabila berlaku kejadian yang dipersetujui terdahulu di bawah kontrak takaful;
“orang yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan suatu perniagaan yang diluluskan;
“output komputer” ertinya suatu penyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau yang lain—
dikeluarkan oleh suatu komputer;
ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau
diterjemahkan dengan tepat daripada suatu penyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;
“pasaran tukaran asing Islam” ertinya suatu pasaran tukaran asing yang transaksi, instrumen atau operasi adalah tidak bertentangan dengan Shariah;
“pegawai” berhubungan dengan suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, termasuklah mana-mana pekerja atau ketua pegawai eksekutif pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu;
“pegawai kanan” ertinya seorang, selain ketua pegawai eksekutif atau pengarah, yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk merancang, mengarah atau mengawal aktiviti orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan termasuk ketua pegawai operasi, anggota jawatankuasa pembuat keputusan dan orang lain yang menjalankan fungsi penting seperti pengurusan risiko, pematuhan, audit dalaman atau fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah
Perkhidmatan Kewangan Islam 33
seksyen 57, tetapi tidak termasuk seorang anggota jawatankuasa
Shariah;
“pejabat” merujuk kepada suatu tempat di mana atau yang apa-apa perniagaan mana-mana orang dijalankan, termasuk ibu pejabat di Malaysia, atau mana-mana pejabat lain, suatu cawangan, suatu agensi (kecuali agensi takaful dalam hal pengendali takaful berlesen), suatu tempat perniagaan bergerak, suatu tempat perniagaan diadakan dan disenggarakan hanya bagi satu tempoh terhad sahaja atau suatu terminal elektronik;
“pejabat wakil yang diluluskan” ertinya suatu pejabat wakil di Malaysia bagi institusi asing yang diluluskan oleh Bank di bawah subseksyen 17(4);
“pemberikuasaan” ertinya pemberian suatu lesen di bawah seksyen 10 atau pemberian suatu kelulusan di bawah seksyen 11;
“pemohon” ertinya—
dalam
Bahagian
III dan
Jadual 5, orang yang mengemukakan, bagi pihak dirinya sendiri atau melalui peguam, firma kesetiausahaan atau wakil yang diberi kuasa dengan sempurnanya yang lain, permohonan bagi pemberikuasaan di bawah seksyen 9;
dalam Bahagian VII dan Jadual 6, orang yang mengemukakan, bagi pihak dirinya sendiri atau melalui peguam, firma kesetiausahaan atau wakil yang diberi kuasa dengan sempurnanya yang lain, permohonan bagi kelulusan di bawah Bahagian itu; atau
dalam Bahagian VIII, orang yang mengemukakan permohonan untuk menjadi syarikat pemegangan kewangan atau mencadangkan syarikat lain menjadi syarikat pemegangan kewangan;
“penasihat kewangan Islam yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan perniagaan nasihat kewangan Islam;
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
“pendeposit” ertinya seorang yang berhak kepada pembayaran balik deposit Islam, sama ada deposit Islam itu telah dibuat olehnya atau mana-mana orang lain;
“pengarah” termasuklah mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah, walau bagaimanapun digelar, bagi suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, dan termasuklah—
seorang yang mengikut perintah dan arahan pengarah atau pegawai badan itu akan lazimnya bertindak;
pengarah gilir atau ganti; atau
dalam hal tertentu, tanpa mengehadkan yang disebut sebelum ini, dalam hal—
suatu perbadanan, mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1)
*Akta Syarikat 1965;
suatu koperasi, ertinya seorang anggota lembaga, atau badan pengelolaan lain, dengan apa cara sekalipun disebut, koperasi itu;
suatu badan berkanun, ertinya seorang anggota lembaga, jawatankuasa, majlis atau badan pengelolaan lain, dengan apa cara sekalipun disebut, badan berkanun itu;
suatu perkongsian, ertinya seorang rakan kongsi;
suatu ketuanpunyaan tunggal, ertinya tuan punya tunggal itu; dan
mana-mana badan, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, ertinya mana-mana orang yang
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan Islam 35
mempunyai arahan dan kawalan pengurusan hal ehwal atau perniagaannya;
“pengeluar” ertinya mana-mana orang, bertindak berseorangan atau di bawah suatu perkiraan dengan seorang yang lain, yang mengaku janji untuk bertanggungjawab bagi obligasi pembayaran berkenaan dengan instrumen pembayaran Islam yang berbangkit daripada seorang pengguna yang diberikan atau menggunakan instrumen pembayaran Islam itu;
“pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan” ertinya orang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk mengeluarkan instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan;
“pengendali” ertinya mana-mana orang, bertindak berseorangan atau di bawah suatu perkiraan dengan orang yang lain, bertanggungjawab bagi kaedah-kaedah, tatacara dan pengendalian sistem pembayaran;
“pengendali sistem pembayaran yang diluluskan” ertinya orang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk mengendalikan suatu sistem pembayaran yang dinyatakan dalam perenggan 1 Bahagian 1 Jadual 1;
“pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan”
ertinya mana-mana orang yang mengendalikan sistem pembayaran yang ditetapkan;
“pengendali takaful” termasuklah pengendali takaful semula profesional;
“pengendali takaful antarabangsa berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan takaful antarabangsa;
“pengendali takaful berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan takaful dan termasuklah pengendali takaful antarabangsa berlesen;
“pengendali takaful semula profesional” ertinya seorang pengendali takaful semula yang diberi lesen untuk menjalankan perniagaan takaful semula sahaja;
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
“pengguna” ertinya mana-mana orang yang instrumen pembayaran
Islam yang ditetapkan telah dikeluarkan kepadanya atau mana-mana orang yang menggunakan instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan untuk mendapatkan wang, barangan atau perkhidmatan atau untuk membuat apa-apa bayaran;
“penuntut yang sesuai” ertinya seseorang yang beranggapan dirinya berhak kepada keseluruhan atau sebahagian daripada manfaat takaful di bawah suatu sijil takaful sebagai wasi kepada peserta takaful yang mati, ibu atau bapa atau penjaga kepada seseorang penama yang tidak berkemampuan atau pemegang serah hak atau yang menuntut selainnya yang berhak kepada manfaat takaful di bawah undang-undang yang berkaitan;
“penyediaan pembiayaan” ertinya membuat, atau membuat suatu perkiraan untuk seorang yang lain untuk membuat, perniagaan atau aktiviti yang mengikut Shariah termasuk—
ekuiti atau pembiayaan perkongsian, termasuk musyarakah, musyarakah mutanaqisah dan mudarabah;
pembiayaan berasaskan sewa, termasuk al-ijarah, al-ijarah muntahia bi al-tamlik dan al-ijarah thumma al-bai`;
pembiayaan berasaskan jualan, termasuk istisna`, bai`
bithaman ajil, bai` salam, murabahah dan musawamah;
kontrak pertukaran mata wang;
aktiviti berasaskan fi, termasuk wakalah;
pembelian bil pertukaran, perakuan deposit Islam atau surat cara boleh niaga lain; dan
penerimaan atau penjaminan apa-apa liabiliti, obligasi atau kewajipan mana-mana orang;
“perbadanan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan Islam 37
“Perbadanan Insurans Deposit Malaysia” ertinya Perbadanan
Insurans Deposit Malaysia yang dirujuk dalam Akta Perbadanan
Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720];
“perbadanan sekutu” ertinya suatu perbadanan yang tidak kurang daripada dua puluh peratus tetapi tidak lebih daripada lima puluh peratus syer mengundi perbadanan itu dipegang oleh perbadanan lain, yang perbadanan yang mula-mula disebut itu ialah perbadanan sekutu bagi perbadanan lain itu;
“perjanjian” ertinya suatu perjanjian sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;
“perkiraan” ertinya suatu perkiraan sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;
“perniagaan berlesen” ertinya perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan perbankan Islam antarabangsa atau perniagaan takaful antarabangsa;
“perniagaan nasihat kewangan Islam” ertinya mana-mana yang berikut:
menganalisis keperluan perancangan kewangan seorang yang berhubungan dengan suatu produk takaful;
mengesyorkan suatu produk takaful yang sesuai kepada seseorang;
mendapatkan suatu produk takaful daripada pengendali takaful berlesen kepada seseorang;
mengatur suatu kontrak berkenaan dengan suatu produk takaful bagi seseorang; atau
apa-apa perniagaan, perkhidmatan kewangan atau aktiviti lain berhubungan dengan suatu perkhidmatan kewangan sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 3;
“perniagaan pemajakan Islam” ertinya—
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
perniagaan mempakkan atau mensubpakkan harta alih atas sewaan mengikut Shariah bagi maksud kegunaan harta itu oleh penyewa atau mana-mana orang lain dalam apa-apa perniagaan, dagangan, profesion atau pekerjaan atau dalam apa-apa jua pun perusahaan komersial, perindustrian, pertanian atau ekonomi yang lain dan, jika pemberi pajak adalah pemunya harta itu, tidak kira sama ada mempakkan itu adalah dengan atau tanpa suatu opsyen untuk membeli harta itu, dan bagi maksud takrif ini, “harta alih”
termasuklah apa-apa loji, jentera, peralatan atau catel lain yang dipasang atau akan dipasang pada bumi atau dilekatkan atau akan dilekatkan, secara tetap atau selainnya, kepada apa-apa benda yang dipasang pada bumi; dan
apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan, di bawah seksyen 3;
“perniagaan pembrokeran takaful” ertinya perniagaan mensolisit, merundingkan atau mendapatkan suatu sijil takaful dengan pengendali takaful, atau pembaharuan atau penerusan sijil takaful oleh seseorang, bagi peserta takaful selain dirinya dan termasuklah pembrokeran takaful semula bagi pengendali takaful;
“perniagaan pemfaktoran Islam” ertinya—
perniagaan bagi memperoleh hutang atau obligasi kewangan lain yang kena dibayar kepada mana-mana orang yang berbangkit daripada transaksi yang mengikut Shariah;
dan
apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan, di bawah seksyen 3;
“perniagaan perbankan Islam” ertinya perniagaan—
menyetuju terima deposit Islam atas akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau akaun lain yang serupa, dengan atau tanpa perniagaan membayar atau memungut cek yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan; atau
Perkhidmatan Kewangan Islam 39
menyetuju terima wang di bawah suatu akaun pelaburan;
dan
penyediaan pembiayaan; dan
apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 3;
“perniagaan perbankan Islam antarabangsa” ertinya perniagaan perbankan Islam dalam mata wang selain ringgit atau apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 3;
“perniagaan takaful” ertinya perniagaan yang berhubungan dengan pentadbiran, pengurusan dan operasi kumpulan wang takaful untuk peserta takafulnya yang mungkin melibatkan elemen pelaburan dan simpanan dan termasuklah perniagaan takaful semula dan sebutan mengenai menjalankan perniagaan takaful boleh termasuk semua atau mana-mana aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 5(4)(a);
“perniagaan takaful antarabangsa” ertinya perniagaan takaful dalam mata wang selain ringgit;
“perniagaan takaful keluarga” ertinya perniagaan yang berhubungan dengan pentadbiran, pengurusan dan operasi suatu perkiraan takaful di bawah sijil takaful keluarga;
“perniagaan yang dibenarkan” ertinya perniagaan berlesen atau perniagaan yang diluluskan;
“perniagaan yang diluluskan” ertinya mana-mana perniagaan yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1;
“peserta” ertinya mana-mana orang yang dibenarkan oleh kaedah-kaedah yang mengelola sistem pembayaran untuk menghantar arahan pembayaran atau arahan penyelesaian kepada sistem pembayaran dan yang terikat dengan kaedah-kaedah yang mengelola sistem pembayaran itu;
“peserta pasaran” ertinya mana-mana orang yang—
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
menerbitkan, menjual, membeli, membeli semula, meminjam, meminjamkan atau selainnya berurusan dengan mata wang atau instrumen kewangan Islam yang lain yang diperdagangkan dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam termasuk terbitan Islam melalui kaunter yang harga, nilai atau tanggungan pembayaran adalah didapati daripada, dirujukkan pada atau berdasarkan pada kadar keuntungan atau kadar pertukaran; atau
mengatur transaksi dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam sebagai suatu perantara, sama ada bertindak sebagai prinsipal atau ejen, dan termasuklah mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 4;
“peserta takaful” ertinya seorang yang mempunyai hakmilik yang sah di sisi undang-undang kepada sijil takaful dan termasuklah—
jika suatu sijil takaful telah diserahhakkan, pemegang serah hak itu;
jika seorang wakil persendirian peserta takaful yang telah mati adalah berhak terhadap pengendali takaful berlesen kepada faedah sijil takaful, wakil persendirian itu;
berhubungan dengan sijil takaful yang memperuntukkan bagi pembayaran anuiti, seorang penerima anuititi; dan
jika di bawah sijil takaful, wang adalah harus dibayar atau boleh dibayar, sama ada secara berkala atau sebaliknya, orang itu yang kepadanya wang itu harus dibayar atau boleh dibayar;
“premis” termasuklah apa-apa tanah, bangunan, struktur atau tempat;
“pulangan” berhubungan dengan tafsiran “kemudahan pembiayaan”,
“akaun pelaburan” dan “deposit Islam”, dan “sekuriti Islam”
sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 224(1), termasuklah apa-apa bentuk sewaan, keuntungan, dividen atau manfaat, dan apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau diberi;
Perkhidmatan Kewangan Islam 41
“risiko kepada kestabilan kewangan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 29 Akta Bank Negara
Malaysia 2009;
“risiko sistemik” berhubungan dengan sistem pembayaran yang ditetapkan, ertinya—
risiko bahawa kegagalan peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya akan menyebabkan peserta lain menjadi tidak upaya untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya apabila kena dibayar; atau
risiko bahawa kegagalan peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya boleh menyebabkan masalah likuiditi atau kredit ketara yang mungkin mengancam kestabilan sistem kewangan;
“saudara”
berhubungan dengan individu, tertakluk pada subseksyen (2), ertinya—
suami atau isteri individu itu;
abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan individu itu, atau kepada suami atau isteri individu itu;
mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan individu itu, atau dengan suami atau isteri individu itu;
suami atau isteri kepada mana-mana individu yang disebutkan dalam perenggan (b) atau (c);
mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan individu yang disebutkan dalam perenggan (b) atau (d);
mana-mana bapa saudara, emak saudara atau sepupu kepada individu itu, atau kepada suami atau isteri individu itu; atau 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
mana-mana suami atau isteri, atau mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan, individu yang disebut dalam perenggan (f);
“sekuriti Islam” ertinya sekuriti yang mengikut Shariah;
“sijil takaful” termasuklah suatu nota perlindungan takaful atau apa-apa kontrak takaful bagi perniagaan takaful keluarga atau perniagaan takaful am sama ada atau tidak terkandung dalam atau ditunjukkan oleh suatu surat cara dalam bentuk suatu sijil takaful, dan sebutan mengenai—
pengeluaran suatu sijil takaful hendaklah ditafsirkan sebagai membuat suatu kontrak takaful, sama ada atau tidak suatu kontrak formal telah dikeluarkan; dan
suatu sijil takaful pengendali takaful termasuklah apa-apa sijil takaful berkenaan dengannya pengendali takaful itu berada di bawah apa-apa liabiliti, sama ada sijil takaful itu telah dikeluarkan oleh pengendali takaful atau liabiliti telah dipindahkan kepada pengendali takaful itu daripada pengendali takaful yang lain;
“sijil takaful berkaitan pelaburan” ertinya sijil takaful berkenaan dengan suatu kontrak takaful keluarga atau anuiti yang manfaat takaful, keseluruhannya atau sebahagiannya, akan diputuskan dengan merujuk kepada unit, yang nilainya berhubungan dengan—
pendapatan daripada harta daripada apa-apa perihalan; atau
nilai pasaran harta itu;
“sijil takaful keluarga” ertinya sijil takaful yang manfaat takafulnya yang kena dibayar ketika kematian atau kehidupan, termasuk manfaat takaful yang kena dibayar berkenaan dengan kemalangan diri, penyakit atau keuzuran, dan termasuk suatu anuiti tetapi tidak termasuk sijil takaful kemalangan diri;
“sijil takaful kemalangan diri” ertinya sijil takaful yang memperuntukkan manfaat kewangan tetap atau manfaat yang bersifat tanggung rugi, atau kedua-duanya, terhadap risiko mengalami
Perkhidmatan Kewangan Islam 43
kecederaan atau kematian orang yang dilindungi akibat suatu kemalangan atau menjadi tidak upaya akibat daripada penyakit;
“sijil takaful Malaysia” ertinya sijil takaful yang dikeluarkan di Malaysia oleh pengendali takaful berlesen dan adalah—
sijil takaful keluarga yang alamat peserta takaful, sebagaimana yang ditentukan dalam sijil takaful itu atau mana-mana alamat lain yang kemudiannya diberitahu secara bertulis oleh peserta takaful itu kepada pengendali takaful berlesen itu, adalah atau dahulunya alamat di Malaysia;
suatu sijil takaful am yang berhubung dengan risiko yang berbangkit di Malaysia, atau jika peserta takaful ialah seorang pemastautin, atau menduduki perjawatan tetap di,
Malaysia dalam pengertian Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53]; atau
suatu kontrak takaful semula dengan pengendali takaful berlesen yang lain;
“sistem pembayaran” ertinya apa-apa sistem atau perkiraan bagi pemindahan, penjelasan atau penyelesaian dana atau sekuriti yang perkiraan operasi sistem pembayaran itu atau pelakuan perniagaan pengendali sistem pembayaran itu adalah mengikut Shariah;
“sistem pembayaran yang ditetapkan” ertinya sistem pembayaran yang ditetapkan sebagai suatu sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah subseksyen 39(1);
“skim pemindahan perniagaan” ertinya suatu skim pemindahan bagi perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan perbankan Islam antarabangsa atau perniagaan takaful antarabangsa;
“standard” termasuklah apa-apa obligasi atau kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah Akta ini dan standard itu boleh mengandungi apa-apa peruntukan yang memberikan tafsiran, bersampingan, tambahan, berbangkit dan peralihan sebagaimana yang
Bank berpendapat wajar;
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
“subsidiari” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 5 *Akta Syarikat 1965;
“sumbangan takaful” ertinya amaun yang kena dibayar oleh peserta takaful kepada pengendali takaful di bawah suatu sijil takaful dan termasuklah apa-apa saraan bagi fungsi dan kewajipan yang diambil alih oleh pengendali takaful itu;
“syarikat” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965;
“syarikat asing” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965;
“syarikat awam” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965;
“syarikat pelaburan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 319(1) *Akta Syarikat 1965;
“syarikat pemegangan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 5 *Akta Syarikat 1965;
“syarikat pemegangan kewangan” ertinya syarikat yang—
memegang suatu agregat lebih daripada lima puluh peratus kepentingan dalam syer orang berlesen, atau mempunyai suatu agregat kepentingan dalam syer sebanyak lima puluh peratus atau kurang tetapi mempunyai kawalan atas orang berlesen; dan
mendapat kelulusan Bank menurut subseksyen 124(3)
untuk menjadi syarikat pemegangan kewangan orang berlesen itu;
“syarikat persendirian” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan Islam 45
“syer” berhubungan dengan perbadanan, ertinya syer yang diterbitkan oleh perbadanan itu dan termasuklah stok kecuali terdapat perbezaan antara stok dan syer dinyatakan secara jelas atau tersirat;
“syer mengundi” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965;
“tahun kewangan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965;
“takaful” ertinya suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiarinya pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu;
“takaful semula” ertinya suatu perlindungan takaful yang diatur oleh pengendali takaful dengan pengendali takaful kedua atas risiko kumpulan wang takaful yang ditadbirnya, keseluruhan atau sebahagiannya, dan termasuklah apa-apa perkiraan yang serupa oleh suatu cawangan pengendali takaful berlesen di Malaysia dengan cawangannya di luar Malaysia (ibu pejabat pengendali takaful berlesen itu adalah, bagi maksud ini, dikira sebagai suatu cawangan);
“tarikh yang ditetapkan” berkenaan dengan mana-mana peruntukan di bawah Akta ini, ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(2) sebagai tarikh mula kuat kuasa peruntukan itu;
“terbitan Islam” ertinya apa-apa perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang dibuat mengikut Shariah, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti Islam, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar keuntungan atau kadar pertukaran) atau indeks;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
“terminal elektronik” ertinya suatu alat elektronik, dikendalikan oleh atau bagi pihak orang yang diberi kuasa, melaluinya seorang itu boleh memulakan suatu pemindahan dana elektronik, dan termasuklah suatu terminal tempat-jualan, mesin pengeluar automatik atau mesin deposit wang tunai atau mesin deposit cek;
“tuntutan takaful” ertinya tuntutan bagi pembayaran suatu amaun yang harus dibayar di bawah sijil takaful;
“wakil penasihat kewangan Islam” ertinya individu, walau bagaimanapun digelar dalam penggajian langsung, bertindak bagi atau melalui perkiraan dengan penasihat kewangan Islam yang diluluskan, yang menjalankan bagi penasihat kewangan Islam itu apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan perniagaan penasihat kewangan Islam;
“wang elektronik” ertinya mana-mana instrumen pembayaran Islam, sama ada ketara atau tidak ketara, yang—
menyimpan dana secara elektronik sebagai tukaran kepada dana yang dibayar kepada pengeluar itu; dan
berupaya untuk digunakan sebagai suatu cara untuk membuat pembayaran kepada mana-mana orang selain pengeluar itu;
Saudara
Bagi maksud takrif “saudara” dalam subseksyen (1)—
pengangkatan mana-mana orang oleh seorang yang lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar
Malaysia, atau di bawah mana-mana adat yang diiktiraf oleh mana-mana golongan orang di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, hendaklah dikira sebagai mewujudkan antara pengangkat dan orang yang diangkat itu pertalian semula jadi yang sama seperti pertalian pengangkatan, dan pertalian lain yang berhubung dengannya hendaklah diputuskan sewajarnya; dan
Perkhidmatan Kewangan Islam 47
sebutan dalamnya mengenai sesuatu pertalian termasuklah, jika berkaitan, suatu pertalian seibu atau sebapa.
Kawalan
Bagi maksud Akta ini, seseorang hendaklah dianggap mempunyai kawalan atas orang berlesen atau perbadanan sekiranya orang itu—
mempunyai suatu kepentingan lebih daripada lima puluh peratus syer dalam orang berlesen atau perbadanan itu; atau
melainkan jika dibuktikan sebaliknya—
mempunyai kuasa untuk memilih, melantik, memecat atau menahan daripada pemilihan, pelantikan atau pemecatan, atau menyebabkan dipilih, dilantik, dipecat atau ditahan daripada dipilih, dilantik atau dipecat, suatu majoriti pengarah orang berlesen atau perbadanan itu;
mempunyai kuasa untuk membuat atau menyebabkan dibuat keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran orang berlesen atau perbadanan itu, dan menguatkuasakan keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu dikuatkuasakan; atau
adalah seorang yang arahannya, petunjuknya atau kehendaknya diikuti oleh pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan orang berlesen atau perbadanan itu mengikut kelaziman atau di bawah obligasi, sama ada formal atau tidak formal, untuk bertindak, dan frasa “dikawal” atau “pengawal” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Bertindak bersama-sama
Bagi maksud Akta ini—
“orang yang bertindak bersama-sama” ertinya orang yang, menurut suatu perjanjian, perkiraan atau persefahaman, bekerjasama untuk—
memperoleh secara bersesama atau berasingan kepentingan dalam syer suatu perbadanan bagi maksud mendapatkan atau menggabungkan kawalan perbadanan itu; atau
bertindak secara bersesama bagi maksud menjalankan kawalan atas suatu perbadanan; dan
tanpa mengehadkan keluasan perenggan (a), orang yang berikut hendaklah dianggap sebagai orang yang bertindak bersama-sama, melainkan jika dibuktikan sebaliknya:
suatu perbadanan dan perbadanan berkaitan dan sekutunya;
suatu perbadanan dan mana-mana pengarahnya, atau ibu atau bapa, anak, abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan mana-mana pengarahnya, atau suami atau isteri kepada mana-mana pengarah atau mana-mana saudara yang sedemikian, atau mana-mana amanah berkaitan;
suatu perbadanan dan apa-apa kumpulan wang pencen yang ditubuhkan olehnya;
seorang dan mana-mana syarikat pelaburan, kumpulan wang unit amanah atau mana-mana kumpulan wang lain yang pelaburan orang itu diuruskan atas dasar budi bicara;
seorang dan kliennya yang adalah suatu perbadanan, jika orang itu menguruskan atas dasar budi bicara dana kliennya dan mempunyai sepuluh peratus atau lebih kepentingan dalam syer klien itu; atau
Perkhidmatan Kewangan Islam 49
seorang yang mempunyai atau mengawal dua puluh peratus atau lebih syer mengundi suatu perbadanan yang tergolong dalam subperenggan (i) dan mana-mana ibu atau bapa, anak, abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan orang itu, atau isteri atau suami orang itu atau mana-mana saudaranya, atau mana-mana amanah berkaitan berserta dengan satu atau lebih orang yang tergolong dalam subperenggan (i).
Perjanjian kewangan yang layak
Bagi maksud Akta ini—
“perjanjian kewangan yang layak” ertinya—
suatu perjanjian induk berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak yang di bawahnya sekiranya hal tertentu yang ditentukan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu berlaku—
transaksi yang disebut dalam perjanjian itu tamat atau boleh ditamatkan;
nilai penamatan transaksi di bawah subperenggan (i) dikira atau boleh dikira; dan
nilai penamatan transaksi di bawah subperenggan (i) adalah bersih atau boleh bersih, supaya suatu amaun bersih kena dibayar, dan jika suatu perjanjian adalah juga berkenaan dengan satu atau lebih transaksi yang bukan transaksi kewangan yang layak, perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai perjanjian kewangan yang layak hanya berkenaan dengan transaksi yang adalah transaksi kewangan yang layak dan apa-apa penguatkuasaan yang dibenarkan oleh pihak-pihak mengenai hak mereka di bawah perjanjian itu;
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
suatu perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan, termasuk perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian induk yang disebut dalam subperenggan (i); atau
mana-mana perjanjian lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 4;
“transaksi kewangan yang layak” ertinya—
suatu terbitan Islam, sama ada akan diselesaikan melalui pembayaran atau hantar serah; atau
suatu perjanjian beli semula, beli semula songsang atau jual beli balik berkenaan dengan sekuriti Islam;
“cagaran kewangan” ertinya mana-mana yang berikut yang tertakluk pada suatu kepentingan atau hak yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak atau yang tertakluk pada perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik:
wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai, termasuk surat cara boleh niaga dan deposit tuntutan;
sekuriti Islam, suatu akaun sekuriti Islam atau suatu hak untuk memperoleh sekuriti Islam; atau
perjanjian niaga hadapan atau akaun niaga hadapan;
“perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik” ertinya suatu perjanjian yang di bawahnya hakmilik kepada harta telah diperuntukkan bagi maksud menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak.
Apa-apa sebutan dalam Akta ini kepada “Akta ini”,
“Akta Perkhidmatan Kewangan 2013” atau “Akta Bank Negara
Malaysia 2009” hendaklah, melainkan jika dinyatakan sebaliknya
Perkhidmatan Kewangan Islam 51
dengan nyata, disifatkan termasuklah sebutan mengenai apa-apa kaedah, peraturan, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini, Akta Perkhidmatan
Kewangan 2012 atau Akta Bank Negara Malaysia 2009, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bahagian II
Objektif Pengawalseliaan dan Kuasa dan Fungsi Bank
Bahagian III
Pemberikuasaan
Bahagian
Bahagian 1 Jadual 1.
Bahagian
Bahagian 2 Jadual 1.
Bahagian IV
Kehendak Shariah
Bahagian V
Sistem Pembayaran
Bahagian VI
Kehendak Berhemat
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII