Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian I · Permulaan

5. Pengelasan, dan tafsiran sebutan mengenai, perniagaan takaful

(1)

Bagi maksud Akta ini, perniagaan takaful hendaklah dibahagikan kepada dua kelas—

(a)

perniagaan takaful keluarga, yang sebagai tambahan kepada semua perniagaan takaful berkenaan dengan sijil takaful keluarga hendaklah termasuk apa-apa jenis perniagaan takaful yang dijalankan hanya sebagai sampingan kepada perniagaan pengendali takaful keluarga; dan

(b)

perniagaan takaful am, yang ertinya semua perniagaan takaful yang bukan perniagaan takaful keluarga.

(2)

Bagi maksud Akta ini, takaful semula liabiliti di bawah sijil takaful hendaklah dikira tergolong dalam kelas dan perihalan yang sama dengan sijil takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful semula berkenaan dengan takaful semula liabiliti itu.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1) atau penentuan suatu sijil takaful kepada suatu kumpulan wang takaful

Perkhidmatan Kewangan Islam 53

tertentu oleh pengendali takaful berlesen, sekiranya Bank berpuas hati bahawa mana-mana bahagian perniagaan pengendali takaful berlesen yang tergolong dalam suatu kelas atau perihalan tertentu perniagaan takaful patut dalam hal pengendali takaful berlesen itu dikira sebagai tergolong dalam kelas atau perihalan lain, Bank boleh mengarahkan bahawa ia dikira sedemikian bagi maksud Akta ini.

(4)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

sebutan mengenai penjalanan perniagaan takaful termasuklah semua atau mana-mana aktiviti yang berikut yang dijalankan melalui perniagaan:

(i)

menerima cadangan untuk menyertai perkiraan takaful;

(ii)

merundingkan cadangan untuk menyertai perkiraan takaful bagi pihak pengendali takaful;

(iii)

mengeluarkan sijil takaful bagi perkiraan takaful;

(iv)

memungut atau menerima sumbangan takaful atas sijil takaful bagi perkiraan takaful; atau

(v)

menyelesaikan atau mendapatkan kembali tuntutan takaful atas sijil takaful bagi perkiraan takaful, tetapi, tertakluk pada perenggan (c), tidak termasuk penjalanan aktiviti itu oleh seseorang bagi pihak pengendali takaful;

(b)

seorang adalah disifatkan menjalankan mana-mana atau semua aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 5(4)(a)

melalui perniagaan sekiranya—

(i)

terlibat dalam apa-apa aktiviti dengan cara yang dengan sendirinya menjadi penjalanan suatu perniagaan;

(ii)

mengemukakan dirinya sebagai sanggup dan berupaya untuk terlibat dalam aktiviti itu; atau 54 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(iii)

mensolisit dengan tetap orang lain untuk terlibat dengannya dalam transaksi yang menjadi aktiviti itu;

dan

(c)

suatu sebutan mengenai penjalanan perniagaan takaful termasuklah menjalankannya melalui ejen, atau sebagai ejen, tetapi “pengendali takaful” tidaklah termasuk ejen takaful atau pun dalam hal seorang yang merupakan kedua-dua pengendali takaful dan ejen takaful, apa-apa perniagaan yang dibuat oleh orang itu sebagai ejen takaful.

(5)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

Menteri boleh, atas syor Bank, menetapkan apa-apa perniagaan atau aktiviti sebagai perniagaan takaful;

(b)

Bank boleh menentukan perniagaan atau aktiviti itu sebagai tergolong dalam kelas tertentu yang disebut dalam subseksyen (1) atau perihalan, perniagaan takaful; dan

(c)

perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual 4 tidak boleh dikira sebagai perniagaan takaful.

Report

Bahagian II

Objektif Pengawalseliaan dan Kuasa dan Fungsi Bank

Bahagian III

Pemberikuasaan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1.

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Bahagian IV

Kehendak Shariah

Bahagian V

Sistem Pembayaran

Bahagian VI

Kehendak Berhemat

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules